Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meminta Universiti Teknologi Mara (UiTM) meneliti aspek pedagogi berikutan isu pelajar berpakaian menyerupai kostum kumpulan pelampau bangsa.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Kementerian Pendidikan Tinggi KPT meminta Universiti Teknologi Mara UITM meneliti aspek pedagogi, kaedah dan prinsip pengajaran di institusi itu berikutan isu pelajar berpakaian menyerupai kostum kumpulan pelampau bangsa yang tular baru-baru ini.
00:19Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambria Bulkadir berkata, pedagogi dalam pembelajaran perlu mengambil kira-perkara berkaitan dan mempunyai sensitiviti tertentu.
00:30Zambri turut menjelaskan bahawa tiada kepaduan untuk beliau sebagai menteri masuk campur dalam semua perkara kontroversi melibatkan mahasiswa dan institut pengajian tinggi.
00:41Katanya yang paling mustahak adalah apabila ada isu seperti ini, UITM mempunyai tanggungjawab untuk jelaskan kepada masyarakat.
00:48UITM menerusi kenyataan pada Rabu menjelaskan pelajar berpakaian kostum mirip ahli kumpulan Ku Klux Klan KKK itu adalah sebahagian daripada tugasan akademik oleh pelajar pusat asasi UITM,
01:00bagi sesi pembentangan kursus Contemporary Global and Legal Issues.
01:04Menurut universiti itu, tugasan berkenaan bertujuan menggalakkan pemikiran kritikal dan keseleraan pelajar terhadap isu-isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.
01:13Pensyarah serta pihak fakulti terlibat turut memastikan pembentangan dijalankan secara terkawal, menandaskan prinsip akademik tanpa menyentuh sensitiviti agama, budaya mahupun perkawaman.
01:24Semalam polis mengesahkan telah menerima satu laporan pada Rabu berhubung video tular yang memaparkan sekumpulan penuntut pusat asasi UITM Kampus Denkil berpakaian menyerupai kostum ahli kumpulan KKK.
01:36Terima kasih telah menonton!