Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
PETRONAS Gas Bhd (PGB) sudah menubuhkan pasukan petugas bebas bagi insiden saluran paip di Putra Heights yang diketuai oleh pengarah bebas bukan eksekutifnya, untuk memastikan standard keselamatan dan integriti tertinggi dalam operasinya.
Transcript
00:00Petronas Gas Berhad PGB sudah menubuhkan pesukan petugas bebas bagi insiden saluran pipe di Putra Heights yang diketuai oleh pengarah bebas buka eksekutifnya untuk memastikan standar keselamatan dan integriti tertinggi dalam operasinya.
00:16Dalam satu kaitan pada Jumaat, PGB berkata, pesukan petugas itu akan menyediakan pandangan strategik terhadap proses siasatan selepas insiden kerja-kerja pemulihan dan pengubahsuaian, keselamatan infrastruktur pengangkutan gas dan perkara lain berkaitan insiden tersebut.
00:35Pasukan petugas itu juga akan menyokong lembaga pengarah dalam menyediakan garis panduan bagi memastikan ketelusan dan kebebasan sepanjang proses tersebut.
00:43PGB mengiktiraf sepenuhnya peranan kritikal infrastruktur saluran pipe gas dalam mengangkut gas asli ke sektor penjanaan tenaga dan perindustrian di semenanjung Malaysia.
00:53Kerja pemulihan sedang giat dijalankan di lokasi insiden termasuk menanam cerucuk kepingan bagi mestabilkan tanah, penggalian tapak dan melaksanakan pelbagai pembaikan.
01:03Menurut PGB, syarikat itu amat mengutamakan keselamatan orang awam dan dalam operasinya kerana menyedari kesan mendalam insiden itu selain memberi tumpuan untuk memulihkan akses kepada bekalan gas.
01:15Setakat ini, PGB sudah menyumbang lebih 1.2 juta ringgit dalam bentuk bantuan keuangan segera kepada individu dan keluarga yang berdepan dengan kehilangan keseluruhan dan sebahagian hartanah masing-masing bagi mengurangkan beban mereka sepanjang tempoh sukar itu.
01:29Syarikat itu juga berkata akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan pihak berkepentingan bagi menentukan punca insiden dan memulihkan saluran pipe sambil memastikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada usaha pembinaan semula komuniti oleh kerajaan.

Recommended