Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 3 days ago
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Transcript
00:00Malaysia hari ini menghantar pasukan perubatan ATM ke Myanmar bagi melaksanakan operasi bantuan kemanusiaan, operasi Starlight 3, sesulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.
00:17Mesyuarat Menteri Alam Sekitar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar, Mexico, memutuskan larangan penggunaan beg plastik jinjit sekali guna akan diperluas ke kawasan hutan simpan, taman negara dan negeri, taman laut serta tapak warisan geologi dan geotapak di seluruh negara.
00:35Ringgit mengukuh pada paras 4.3995 berbanding dolar Amerika hari ini berikutan indeks dolar Amerika DXY terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan ketegangan perdagangan antara Washington, Beijing.

Recommended