Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 3 days ago
Pengarah JBPM Kelantan mengingatkan semua anggota agar tidak mengeluarkan komen negatif di media sosial kerana menyalahi etika penjawat awam. Seorang anggota sedang disiasat berhubung komen berunsur politik yang ditinggalkan di Facebook hujung Mac lalu.
Transcript
00:00Anggota Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Kelantan diingatkan tidak membuat sebarang komen jelik atau berunsur negatif di media sosial kerana ia menyalahi etika sebagai penjawat awam.
00:11Pengarah JBPM Kelantan Farhan Sufian Borhan berkata, setiap anggota terikat dengan peraturan perkhidmatan awam dan boleh dikenakan tindakan tata tertib sekiranya melanggar etika tersebut.
00:22Sebarang komen yang menyentuh dasar kerajaan atau isu sensitif seperti 3R, Raja, Kaum dan Agama serta komen berbawa peribadi yang menggunakan bahasa tidak wajar adalah dilarang.
00:35Katanya sebagai penjawat awam, perbuatan itu melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan disiplin.
00:41Kenyataan itu merujuk kepada insiden membabitkan seorang anggota bomba di Kelantan yang kini disiasat selepas dikesan meninggalkan komen berunsur negatif dalam satu hantaran di Facebook pada hujung Mac lalu.
00:52Farhan Sufian berkata anggota terbabit yang berusia awal 40-an dipercayai memberikan komen dalam hantaran individu lain yang mempunyai kaitan dengan elemen politik.
01:01Katanya, kes sedang disiasat dan laporan akan dihantar ke ibu pejabat JBPM untuk tindakan lanjut.
01:07Sebelum ini, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nur Hisham Mohamad dilapor berkata bahawa dalam tempoh dua tahun lepas, ramai 18 anggota telah menerima surat peringatan,
01:15manakah seorang anggota bomba bantuan digantung tugas selama tiga bulan kerana melanggar etika penggunaan media sosial.
01:22Terima kasih telah menonton!

Recommended