Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi gergasi Amerika Nvidia, Jensen Huang tiba di Beijing pada Khamis dan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis China bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa, Ren Hongbin, lapor Xinhua.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Langkah Amerika Syarikat menyekat penghantaran chip H2O buatan Nvidia ke China telah memberi kesan signifikan kepada syarikat itu, kata pegawai eksekutifnya Jensen Huang.
00:10Huang berkata, China merupakan pasaran yang sangat penting bagi Nvidia dan menyatakan kesediaan syarikat itu untuk meneruskan kerjasama dengan negara berkenaan.
00:30Sudah tentu ini sangat besar untuk interaksi dan bekerja dan menyedari syarikat China. Jadi, ini membuat kita berdua lebih baik.
00:43Jadi, kami akan teruskan untuk membuat sukar yang penting untuk memoptimikan produk kami yang bergantung dengan regulaan dan teruskan menyedari syarikat China.
00:57Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pengerusi majlis China bagi promosi perdagangan antarabangsa Ren Hong Bing di Beijing pada Khamis laporan Zinghua.
01:08Langkah untuk menyekat penghantaran H20 menandakan usaha terbaru Washington untuk menghadkan akses China kepada semi-konduk termaju ketika Amerika Syarikat berusaha untuk mengekalkan kelebihannya dalam teknologi kecerdasan buatan AI.
01:24Lawatan ini merupakan kunjungan kedua huang ke Beijing dalam tempoh tiga bulan.
01:31Ia berlangsung selepas kerajaan Amerika Syarikat menghadkan ekspor cip kecerdasan buatan H20 Nvidia ke China yang merupakan satu daripada pasaran utama bagi cip popular berkenaan.
01:42Menurut laporan media, saham Nvidia telah merosot sebanyak 22% tahun ini dan jatuh 7% pada Rabu.
01:51Saham-saham di Wall Street turut menyusut selepas Nvidia memberi amaran bahawa sekatan baru ke atas ekspor ke China akan menyebabkan kerugian berbilion dolar kepada syarikat itu.
02:02Sementara itu, Ketua Pegawai Ezeketif Nvidia Jensen Huang turut mengadakan pertemuan berasingan dengan naik Perdana Menteri China He Le Feng pada Khamis.
02:15Beliau yang juga ahli Biro Politik Jatang Kuasa Pusat Parti Komunis China berkata bahawa pasaran China mempunyai potensi pelaburan dan penggunaan yang besar selain transformasi dan peningkatan industri semakin pesat.
02:29Ujannya pasaran China ialah senario aplikasi terbaik untuk pusingan baru revolusi teknologi dan transformasi perindustrian dan sentiasa menjadi tanah subur bagi perusahaan yang dibiayai asing untuk melabur dan berdagang dengannya.
02:46China mengaluk-alukkan lebih banyak perusahaan yang dibiayai AS termasuk Nvidia untuk menggalakkan pasaran China secara berfokus dan menunjukkan sepenuhnya kelebihan serta keupayaan industri mereka di China.
03:02Ini sekaligus mendapat kelebihan dalam persaingan global.
03:05Huang menyatakan keyakinan tentang prospek ekonomi China dan kesediaan untuk terus memperkukuh kehadiran dalam pasaran China dan memainkan peranan aktif dalam menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara AS dan China.
03:20Terima kasih telah menonton!