Sin Chew Daily menerima titah Sultan Ibrahim berkaitan kesilapan Jalur Gemilang di muka hadapan akhbar, menjalankan siasatan dalaman dan mengambil tindakan disiplin terhadap petugas yang bertanggungjawab.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Pengurusan Sinchiu Daily dengan sepenuh hati menerima titah yang di-Pertuan Agung Sultan Ibrahim berkaitan kesilapan jalur gemilang yang dipaparkan di muka hadapan akhbar itu.
00:10Menurut satu kenyataan, Sinchiu memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman secara terperinci berkaitan insiden itu.
00:19Susulan itu, petugas yang bertanggungjawab atas kesilapan melibatkan paparan gambar jalur gemilang tanpa bulan sabit di muka hadapan akhbar tersebut selas-selalu akan berdepan dengan tindakan disiplin.
00:28Jelasnya, Jabatan Pengarang Sinchiu Daily telah menambah baik prosedur yang simakkan khususnya dalam aspek penggunaan teknologi kecedasan buatan AI.
00:36Pihaknya berjanji untuk lebih berwaspada dan peka dalam menangani isu yang boleh menjejaskan maruah negara dan hubungan antara kaum.
00:43Pada Rabu yang di-Pertuan Agung Sultan Ibrahim bertitah kesilapan memaparkan gambar jalur gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan di muka hadapan Sinchiu Daily boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima.
00:54Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim bertitah, pihak pengurusan dan Jabatan Pengarang Akhbar berkenaan seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak.
01:05Sinchiu Daily kemudiannya turut tampil memohon maaf atas kesilapan memaparkan ilustrasi jalur gemilang itu.
01:10Pada Rabu, Kementerian Dalam Negeri KDN mengesahkan Sinchiu Daily telah diberikan surat tunjuk sebab selepas dipanggil bagi siasatan berhubung isu penyiaran jalur gemilang tidak lengkap.
01:19KDN dalam kenyataannya mengaklumkan siasatan dilaksanakan serta-merta di bawah akta lambang dan nama mencegah penggunaan tidak wajar 1963 serta akta mesin cetak dan penerbitan 1984.
01:31Pada selasa, Sinchiu Daily menerbitkan ilustrasi jalur gemilang tanpa bulan sabit di muka hadapan ahbanya sepenuh liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.