Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
JPJ menerima lebih 6,600 aduan trafik daripada orang awam sepanjang Aidilfitri 2025, dengan kebanyakannya melibatkan kesalahan memotong barisan dan penyalahgunaan lorong kecemasan.
Transcript
00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ menerima sebanyak 6,687 aduan kesalahan trafik daripada orang awam sepanjang musim perayaan Aidilfitri 2025.
00:11Ketua Pengarahnya Dato' A.D. Fadli Ramli menjelaskan kebanyakan aduannya diterima melibatkan kesalahan memotong barisan dan penyalahgunaan lorong kecemasan
00:19yang lazimnya dirakam menggunakan kamera pemuka serta dihantar melalui aplikasi MyJPJ.
00:25Jadi orang awam ni dia sekarang ni dia suka mengambil video.
00:31Dia ambil video.
00:32Ataupun daripada dashcam.
00:33Daripada dashcam. Jadi dia hantar kepada kita melalui apps MyJPJ pun boleh.
00:38Jadi aduan tu sampai kepada kita. Dalam tempoh itu sahaja kita terima 6,000 lebih aduan.
00:42Jadi kita ambil tindakan kepada setiap aduan tu kita dah ambil tindakan semak kita keluarkan notis untuk siasatan.
00:49Dan kita ambil tindakan sewajarnya lah jika kita dapati memang pesalah itu melakukan kesalahan.
00:57Bila berkata demikian dalam awan ni pagi pada Khamis,
01:00A.D. Fadli berkata JPJ menggalakkan orang awam untuk membuat aduan secara rasmi
01:05melalui saluran yang disediakan seperti aplikasi MyJPJ atau email khas di aduantrafik at jpj.gov.my
01:13bagi memudahkan pemprosesan maklumat.
01:16Sepanjang pelaksanaan Ops HRA 2025 yang berlangsung dari 8 hingga 13 April lalu,
01:22JPJ telah mengeluarkan sebanyak 61,317 notis atas pelbagai kesalahan jalan raya
01:28termasuk tiada lesin memandu, cukai jalan tamat tempoh dan pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran.
01:35Seiring dengan usaha mendekatkan agensi kepada masyarakat,
01:37JPJ akan menganjurkan sambutan Hari JPJ ke-79 pada 18 dan 19 April ini di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
01:46Menariknya, JPJ turut menawarkan kompaun khas kadar rata RM150 sempena sambutan tersebut.
01:51Tawaran ini meliputi tiga jenis notis terpilih iaitu saman awas sejak Oktober 2018,
01:57notis 114 dan notis 115 JPJP23 bertarikh tahun 2024 ke bawah.

Recommended