Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
Presiden China Xi Jinping berlepas ke Kemboja selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia, dengan upacara pelepasan di Kompleks Bunga Raya yang dihadiri oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Mohamad Hasan.
Transcript
00:00Presiden China Xi Jinping pada Khamis berlepas ke Kemboja selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia.
00:07Kesawat Air China yang membawa Jinping dan delegasinya berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur pada 14 pagi.
00:14Batalian pertama Regimen Ranger Diraja Kehormat mengadakan kawalan kehormatan untuk Jinping sepeda upacara pelepasan di kompleks bunga raya.
00:22Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada delegasi tersebut.
00:31Upacara pelepasan Presiden China itu turut dimeriahkan dengan persembahan muzik tradisional Melayu, China dan India oleh Akademi Arjuna Submar dari Gombak.
00:39Jinping memulakan lawatan negara pada selasa atas jemputan yang di Putana Agong, Sultan Ibrahim.
00:44Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi kedua Jinping ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun selepas lawatan pertamanya pada 2013
00:50yang menyaksikan kedua-dua negara menaik taraf hubungan diplomatik kepada perkongsian strategi komprehensif.
00:56Pada Rabu, Jinping diberi sambutan negara diikuti dengan sesi menghadap Sultan Ibrahim di istana negara dan menghadiri jamuan negara bersama Seri Paduka Baginda.
01:04Lawatan ini merupakan sebahagian daripada siri kunjungan Presiden China ketiga negara Asia Tenggara yang telah membawanya ke Vietnam sebelum ini.
01:11Ini adalah siri lautan negara pertama beliau pada tahun ini.
01:14Malaysia dan China menjalinkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974 dan memperingati ulang tahun ke-50 pencapaian tersebut pada tahun lepas.
01:22Sejak 2009, China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut.
01:28Pada 2024, jumlah dagangan antara kedua-dua negara berdilai RM484.12 bilion merangkumi 16.8% daripada jumlah keseluruhan dagangan global Malaysia sebanyak RM2.88 triliun.
01:41Terima kasih kerana menonton!

Recommended