Kedua-dua negara menekankan kepentingan menyelesaikan pertikaian melalui cara damai, mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Malaysia dan China mengulang komitmen untuk mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.
00:06Perkara tersebut diketengahkan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semasa lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia yang berakhir hari ini.
00:16Kedua-dua negara menekankan kepentingan menyelesaikan pertikaian melalui cara damai mematuhi undang-undang antarabangsa
00:23termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982.
00:28Kuala Lumpur, Beijing turut menekankan keperluan semua pihak untuk bersikap menahan diri dan mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan di rantau ini.
00:37Kenyataan itu juga menyatakan bahawa pelibatan pihak yang tidak berkaitan secara langsung boleh menjadi tidak produktif kepada usaha tersebut.
00:45Malaysia dan China turut berikrah untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN lain
00:49bagi melaksanakan sepenuhnya deklarasi tata laku pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan.
00:54Mereka menyatakan keyakinan untuk menyelesaikan kod tata laku COC yang berkesan dan substantif menjelang 2026
01:02seperti yang digariskan dalam garis panduan untuk mempercepatkan penyelesaian awal COC yang berkesan dan substantif.
01:10Inisiatif ini bertujuan untuk mengubah Laut China Selatan menjadi kawasan keamanan, persahabatan dan kemakmuran.
01:16Terima kasih telah menonton!