Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
Israel umum tentera akan kekal di zon pemisah yang ditubuhkan dalam wilayah Gaza walaupun selepas perang, cetus kebimbangan global di tengah kebuntuan rundingan damai.
Transcript
00:00Surusia Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, menyatakan tenteranya akan kekal berada di zon penampan yang diwujudkan di Gaza, walaupun selepas tercapainya sebarang penyelesaian untuk menamatkan perang.
00:14Israel Katz menegaskan pasukan pertahanan Israel, IDF, tidak akan menarik diri dari kawasan yang telah ditawan berbeza dengan pendekatan mereka sebelum ini dalam konflik terdahulu.
00:25Beliau menjelaskan IDF akan terus kekal di zon keselamatan tersebut, sama ada sebagai langkah sementara atau kekal dan menyamakannya dengan kehadiran tentera Israel di Lubnan serta Syria.
00:38Dalam laporan operasi terbarunya, tentera Israel menyatakan mereka kini menguasai kira-kira 30% daripada wilayah Gaza yang merupakan kawasan Palestine yang kecil dan padat penduduk.
00:49Sejak operasi ketenteraan disambung semula bulan lalu, tentera Israel membentuk zon keselamatan yang menceroboh jauh ke dalam Gaza, memaksa lebih 2 juta rakyat Palestine menumpu di kawasan kecil di selatan dan pesisir pantai.
01:02Menurut Israel, sejak 18 Mac, pasukan mereka telah membunuh ratusan pejuang Hamas termasuk beberapa komanda kanan kumpulan tersebut yang dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah EU.
01:15Bagaimanapun operasi tersebut menimbulkan kebibangan serius dalam kalangan pertubuhan bangsa bersatu PBB dan beberapa negara Eropah yang khawatir dengan kesan kemanusiaan yang semakin meroncing.
01:26Terima kasih kerana menonton!

Recommended