Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
Mahkamah Tertinggi UK memutuskan takrifan 'wanita' dalam undang-undang hanya merujuk kepada jantina biologi, mencetuskan reaksi bercampur daripada kerajaan dan komuniti transgender.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mahkamah Tertinggi Britain memutuskan hanya wanita biologi dan bukan wanita transgender yang tergolong dalam ta'rifan wanita mengikut undang-undang kesaksamaan negara itu.
00:12Keputusan yang dinantikan ini menumpukan kepada persoalan sama ada wanita transgender yang memiliki sujil pengiktirafan jantina layak mendapat perlindungan undang-undang sebagai wanita di bawah Akta Kesaksamaan Britain.
00:25Mahkamah mengesahkan perkhidmatan berasaskan jantina tunggal seperti rumah, pelindungan, ward hospital dan acara sukan secara sah boleh mengecualikan wanita transgender atas dasar ta'rifan undang-undang yang lebih jelas.
00:41Keputusan itu disambut baik oleh kerajaan kerana menjelaskan isu perundangan yang samar namun dibimbangi oleh aktivis transgender yang melihatnya sebagai potensi pencetus diskriminasi dalam pelbagai aspek dan masuk pekerjaan.
00:55Timbalan Presiden Mahkamah Agong Patrick Hodge menjelaskan istilah wanita dan jantina dalam Akta Kesaksamaan 2010 merujuk secara khusus kepada wanita dan jantina biologi sahaja.
01:06Beliau turut menyatakan keputusan tersebut tidak harus dianggap sebagai kemenangan satu pihak ke atas pihak lain dalam masyarakat kerana itu bukan tujuan sebenar keputusan ini.
01:16Isu hak transgender kini menjadi topik perdebatan politik yang ketara di Britain serta beberapa negara lain dengan pelbagai pihak menuduh konservatif mengesploitasi identiti untuk menindas golongan minoriti.

Recommended