Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
Presiden Rusia Vladimir Putin memuji Elon Musk sebagai tokoh luar biasa dan menyamakannya dengan Sergei Korolev, tokoh utama di sebalik kejayaan awal angkasa Soviet.
Transcript
00:00Selepasnya, Presiden Rusia Vladimir Putin memuji Elon Musk dan menyamakannya dengan Sergei Korolev, juruter utama di sebalik kejayaan Program Angkasa Kesatuan Soviet pada era 1950-an dan 1960-an.
00:16Menurut agensi berita rasmi Rusia, kenyataan tersebut dibuat dalam satu pertemuan antara Putin dan pelajar di mana beliau membincangkan dasar angkasa Rusia dan tokoh-tokoh penting dalam bidang tersebut.
00:30Putin menyatakan terdapat seorang individu di Amerika Syarikat yang benar-benar tak sub dengan planet Mareh, merujuk secara jelas kepada Elon Musk yang terkenal dengan visi menakluk planet itu.
00:42Beliau turut membuat perbandingan langsung antara Musk dan Korolev yang memainkan peranan penting dalam menghantar Yuri Gagarin ke angkasa dalam penerbangan berawak pertama dunia pada tahun 1961.
00:55Putin menyatakan individu seperti Musk jarang muncul dalam sejarah manusia kerana mereka dipenuhi dengan idea-idea besar yang pada awalnya kelihatan mustahil namun sering menjadi kenyataan selepas beberapa dekad.
01:07Presiden Rusia itu pernah memuji Elon Musk sebelum ini dan menganggap beliau sebagai seorang tokoh luar biasa dalam bidang teknologi dan penerbangan angkasa lepas.
01:16Musk yang juga mempunyai peranan sebagai penasihat kanan kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump,
01:21kini lebih terbuka dalam menyuarakan kritikan terhadap Ukraine yang sedang berperang menentang Rusia sejak 2022.
01:28Terima kasih telah menonton!

Recommended