Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
Setiausaha Negara AS Marco Rubio dan Menteri Luar Indonesia Sugiono berbincang isu tarif serta kerjasama keselamatan maritim dalam pertemuan dua hala rasmi di Washington.
Transcript
00:00Setiausaha negara dan kesyarikat Marco Rubio bertemu dengan Menteri Luar Negeri Indonesia Su Giano pada Rabu untuk membincangkan isu tarif serta memperkukul kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan.
00:12Menurut kenyataan Jabatan Negara Amerika, kedua-dua pemimpin membincangkan cara memperhebat pertahanan dan keselamatan.
00:20Pertemuan itu turut membincangkan usaha mempertahankan kebebasan pelayaran dan penerokaan di Laut Cina Selatan mengikut undang-undang antarabangsa.
00:28Mereka turut berbincang mengenai tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Indonesia.
00:34Rubio menyatakan penghargaan terhadap usaha Indonesia melaksanakan pembaharuan ekonomi ke arah hubungan perdagangan yang lebih adil dan seimbang.
00:41Pertemuan itu berlangsung dalam suasana hubungan dua hala yang semakin kompleks antara Washington dan Jakarta di tengah-tengah cabaran geopolitik serantau serta tekanan ekonomi global yang berterusan.
00:51Pada 2 April 2025, Presiden Donald Trump mengumumkan tarif import baru sebagai sebahagian daripada dasar untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika Syarikat serta melindungi industri dalam negara.
01:03Indonesia merupakan antara negara yang paling terkesan dengan langkah tersebut apabila tarif tambahan sebanyak 32% dikenakan ke atas eksportnya ke pasaran Amerika Syarikat.
01:14Namun pelaksanaan tarif itu telah ditangguhkan selama 90 hari bagi memberi ruang kepada kedua-dua negara berunding dan mencari penyelesaian yang mampu mengurangkan kesan negatif terhadap hubungan perdagangan dua hala.

Recommended