Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkongsikan pencapaian
Johor yang mencatatkan pelaburan berjumlah RM27.4 bilion bagi suku pertama tahun 2025 dalam satu hantaran di Facebook.

Transcript
00:00Johor mencatat pelaburan berjumlah RM27.4 bilion bagi suku pertama tahun 2025.
00:07Pemangku Sultan Johor, Tunku Makota Ismail menerusi hantaran di Facebook bertitah pencapaian itu didorong terutamanya oleh pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura JSSIZ serta pelbagai inisiatif lain dalam menarik pelaburan ke negeri itu.
00:22Titah Baginda lagi, pencapaian itu membuktikan kesungguhan semua pihak dalam menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.
00:33Dalam aspek pengurusan bencana, Baginda turut menekankan keperluan mempercepatkan pelaksanaan projek mitigasi banjir yang sepatutnya dijadwalkan siap pada 2029.
00:43Bagaimanapun, Baginda bertitah agar projek itu disiapkan selewat-lewatnya pada 2027.
00:48Selain itu, jelas Baginda infrastruktur negeri sentiasa menjadi keutamaan selain usaha meningkatkan taraf pendidikan, ekonomi dan kualiti hidup rakyat Johor.
00:59Baginda turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan negeri.

Recommended