Projek ini diharap dapat memesatkan pembangunan industri di wilayah Pantai Utara Vietnam serta menyokong transit rel antarabangsa.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Usaha dipertingkat untuk mempercepatkan pembinaan rangkaian tiga kereta api menghubungkan Vietnam dan China, ia merupakan projek simbolik dalam kerjasama dua hala antara negara terbabit.
00:11Menurut Kementerian Pembinaan Vietnam, pertemuan akan dibuat dengan Menteri Pengangkutan China, Yu Wei pada akhir Mac ini, bagi membincangkan rancangan pelaksanaan.
00:20Tiga projek kereta api tersebut melibatkan landasan berkembar, dijangka dapat memuatkan jutaan tan muatan kargo dan sekitar 7.5 juta penumpang setahun.
00:32Pembinaan diramakan bermula seawal tahun 2030.
00:36Projek ini diharap dapat memesatkan pembangunan industri di wilayah pantai utara Vietnam serta menyokong transit ril antarabangsa.
00:43Setelah siap sepenuhnya, rangkaian ril di ASEAN boleh dihubungkan hingga ke Eropah, Asia Tengah dan China menerusi Vietnam, sekaligus membuka peluang baharu untuk pasaran global.
00:55Vietnam sudah meminta pihak China untuk segera meluluskan dan mengeluarkan nota diplomatik mengenai kajian kemungkinan projek terbabit.
01:03China juga akan melantik sebuah agensi berkaitan untuk berunding perjanjian rangka kerja bagi meluluskan pinjaman kerajaan serta mengasyorkan kontraktor berkebolehan bagi mengambil bahagian dalam projek.
01:15Terima kasih telah menonton!