Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
Sebelum ini, Bank Negara mengehadkan peningkatan premium tahunan kepada kurang 10% bagi sekurang-kurangnya 80% pemegang polisi, untuk tempoh tiga tahun sehingga akhir 2026.
Transcript
00:00Industri takaful berpotensi mengalami kerugian sehingga RM800 juta. Susulan langkah Bank Negara Malaysia BNM mengehadkan kenaikan premium bagi produk insurans dan takaful, perubatan serta kesihatan MHIT.
00:15Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia MTA, Mohd Ratsuan Mohd berkata, langkah yang bertujuan meringankan beban kewangan pengguna itu memberikan tekanan besar kepada penyedia takaful dalam menampung kos rawatan yang terus meningkat.
00:33Sebelum ini, BNM mengehadkan peringkatan premium tahunan kepada kurang 10% bagi sekurang-kurangnya 80% pemegang polisi untuk tempoh 3 tahun sehingga akhir 2026.
00:44Razuan berkata, walaupun pihaknya memahami keresahan orang ramai terhadap kenaikan premium, isu pokok yang perlu diberi perhatian ialah kadar inflasi kos rawatan perubatan yang semakin tinggi.
00:56Katanya, inflasi perubatan Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia yang menjubang kepada peningkatan kos pelan pelindungan kesihatan.
01:04Berkata-kata, Razuan menegaskan MTA kekal optimis bahawa langkah BNM itu mampu merangsang pembangunan penyelesaian kesihatan yang lebih mampan dan mampu milik untuk semua.
01:16Tambahnya, pemain industri berharap lebih banyak inisiatif baru dapat diperkenalkan, termasuk pendekatan inovatif yang menjadikan pelindungan perubatan lebih mudah diakses oleh rakyat.
01:26Belum berkata, reformasi sistem penjagaan kesihatan negara kini sedang giat dijalankan dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan yang merupakan kepada aspek ketelusan harga, kecukapan sistem pembayaran, peluasan akses kepada penjagaan kesihatan awam serta penciptaan pelan pelindungan kos yang rendah.

Recommended