Malaysia dan Korea Selatan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pendidikan tinggi, termasuk program mobiliti pelajar dan pensyarah serta kolaborasi teknikal.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Malaysia dan Korea Selatan bersetuju menubuhkan jawatan kuasa kerja bersama bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pendidikan tinggi.
00:08Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Sri Zambri Abdul Qadir berkata, jawatan kuasa itu akan turut menggerakkan Memorandum Persefahaman MOU yang ditandatangani kerajaan kedua-dua negara sebelum ini.
00:18Jelasnya ini termasuk pelaksanaan program mobiliti pelajar dan pensyarah, penglibatan rangkaian Universiti Teknikal Malaysia, Politeknik serta kolej komuniti dalam kolaborasi teknikal dan penglibatan syarikat multinasional Korea dalam pelaksanaan program work-based learning di Malaysia.
00:35Zambri berkata perkara berkenaan dipersetujui ketika pertemuan dua hala bersama timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Korea Selatan Dr. Lee Joo Ho yang diadakan sepeda edisi kedua Persidangan Antarabangsa Human Capability Initiative pada 13 hingga 14 April lepas.
00:51Mengulas mengenai HCI 2025, beliau berkata penyertaan Malaysia dalam persidangan pre-prestij di bawah naungan Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Muhammad bin Salman itu melambangkan pengiktirafan kepada peranan negara dalam pembangunan keupayaan insan di peringkat global.
01:08Bertemakan Beyond Readiness, persidangan berkenaan menghimpunkan lebih 12,000 peserta dan 300 jurucakap dari lebih 100 negara.
01:16Zambri berkata beliau telah berkongsi mengenai inisiatif utama Malaysia dalam mendepani era kecerdasan buatan AI ketika perbincangan meja bulat menteri yang menghimpunkan Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi dari lebih 20 negara.