Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
Pada sebelah petang, Jinping yang diiringi menteri-menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Transcript
00:01Presiden China Xi Jinping bakal diberi sambutan negara dalam satu istiadat yang akan berlangsung di Istana Negara pagi ini.
00:08Beliau yang dalam rangka lautan negara selama tiga hari di Malaysia akan menghadap Yang Diputuan Agong, Sultan Ibrahim.
00:16Wisma Putra sebelum ini memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim juga berkenaan meraihkan Jinping dan delegasinya dalam satu majlis antapan negara.
00:24Pada sebelah petang, Jinping yang diiringi Menteri-Menteri Kabinet dan Pegawai Kanan Kerajaan dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
00:35Dalam pertemuan dua hala itu, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
00:45Anwar dan Jinping turut jadual menyaksikan majlis pendatangan dan memorandum persefahaman dan bakal menyampaikan kenyataan bersama dua negara.
00:54Anwar juga akan menganjurkan majlis makan malam rasmi untuk meraihkan Jinping.
00:59Lawatan atas jemputan Sultan Ibrahim itu sebahagian daripada siri lawatan negara pertama Jinping tahun ini yang turut merangkumi Vietnam dan Kemboja.
01:08Kali terakhir Presiden China itu mengadakan lawatan negara ke Malaysia ialah pada tahun 2013 menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada perkongsian strategik komprehensif.
01:20Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974.
01:25Kedua-dua negara meraihkan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun lepas.
01:30Selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009, China kekal sebagai adakan dagangan terbesar Malaysia.
01:35Jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM484.12 bilion pada 2024, mewakili 16.8% daripada jumlah keseluruhan dagangan global Malaysia iaitu RM2.88 triliun.
01:49Selaku pengurusi ASEAN dan penyelaran negara bagi hubungan dialog ASEAN-Cina, Malaysia kekal komited untuk terus memperkukuh perkongsian strategik komprehensif antara ASEAN dan China.
02:01Menurut Kementerian Luar, usaha berkenaan akan diteruskan melalui dialog, saling mempercayai dan inisiatif yang membawa manfaat kepada rakyat ASEAN dan China.
02:09Terima kasih telah menonton!

Recommended