Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Enam individu ditahan, dadah lebih RM350,000 dirampas

Taktik licik sindiket pengedaran dadah menjadikan dua kondominium yang berfungsi sebagai inap desa sebagai stor simpanan pelbagai jenis dadah terbongkar selepas diserbu polis di Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Tun Razak, Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, enam individu diberkas dalam serbuan berasingan yang dilakukan di Wangsa Maju, Sentul dan Cheras antara jam 3.40 petang hingga 7.15 malam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722787/berita/semasa/enam-individu-ditahan-dadah-lebih-rm350000-dirampas

#BeritaSemasa #SinarHarian #kesdadah #PDRM
Transcript
00:00Pasukan sebuan bagian sihatan jenayah narkotik IPD Wangsa Maju telah melakukan 4 sebuan di lokasi yang berbeza
00:08di dalam kawasan pentadbiran IPD Wangsa Maju, Sentul dan juga Ceras
00:14Kedua sebuan melibatkan takapan di tepi jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan di tepi jalan Ipoh, Kuala Lumpur
00:22Manakala dua lagi sebuan melibatkan kondominium di sekitar jalan Chan Solin, Kuala Lumpur dan jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
00:31yang dijari telah digunakan sebagai store tempat penyimpanan darah
00:35So hasil daripada sebuan yang dilakukan, pihak polis telah berjaya menangkap dua lelaki Melayu
00:44satu perempuan Melayu, satu lelaki Cina Muslim, satu lelaki Cina dan satu perempuan luar negara Thailand
00:54Hasil daripada sebuan yang dilakukan, pihak polis telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah
01:01iaitu yang pertama, metafetamin, anggaran berat 11.14 gram bersamaan dengan ringgit Malaysia RM1,225
01:13Yang kedua, ganjar, anggaran berat 279 gram dengan nilai RM8,370
01:25Yang ketiga, kokain, anggaran berat 1.714 gram bersamaan dengan nilai RM342,800
01:40Seterusnya, yang keempat, min 5, anggaran berat 27.92 gram, anggaran jumlah RM2,000
01:52So, jumlah keseluruhan dadah yang kita rampas, dianggarkan sebanyak 2,032.06 gram
02:02dan dianggarkan nilai RM354,395
02:10So, kesemua jenis dadah tersebut, boleh dibekalkan kepada 5,613 orang penanggih
02:19Kesemua individu yang ditahan berusia dalam lingkungan 26 tahun hingga 53 tahun
02:27Ujian saingan awal air kencing yang dijalankan mendapati
02:32kesemua suspek ataupun orang yang kena tangkap tadi
02:36positif dadah jenis M, metafetamin, KET, THC
02:434 daripada 6 orang suspek yang ditahan juga mempunyai beberapa rekod lampau
02:52berkaitan kes dadah dan jenayah
02:54Manakala 2 lagi suspek ataupun OKT tidak mempunyai apa-apa rekod lampau
03:01Kesemua suspek telah dibenarkan diman selama 4 hari
03:05Bagi kes yang dibuka di bawah Seksyen 39A-1 Akta Dadah Berbahaya 1952
03:12Bermula 11 April 2025 hingga 14 April 2025
03:19Dan 7 hari bagi kes yang dibuka di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
03:29Bermula 11 April 2025 hingga 17 April 2024

Recommended