Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Mohamad berkata Malaysia komited untuk mengukuhkan kepusatan ASEAN dan memastikan ia kekal sebagai pemacu utama dalam hal ehwal serantau, dan pada masa yang sama mendukung prinsip neutral dan berkecuali.
Transcript
00:00Malaysia sebagai pekerusi ASEAN akan terus memainkan peranan bagi menghubungkan rantau ini, memperkukuh dialog, kerjasama serta persefahaman bersama antara negara anggota.
00:09Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohd Alamin, selaku ahli panel dalam sesi perbincangan sempena Forum Diplomasi Antalya atau ADF 2025 yang diadakan di Antalya, Turki baru-baru ini.
00:26Muhammad mesti kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar maklumkan, Malaysia Komitet mengukuhkan Kepusatan ASEAN memastikan ia kekal sebagai pemacu utama dalam hal ehwas rantau dan pada masa yang sama mendukung prinsip neutral dan berkecuali.
00:43Beliau turut menekankan komitmen Malaysia untuk berinteraksi secara konstruktif dengan kuasa-kuasa besar dunia dengan mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang dan berprinsip walaupun berdepan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.
00:58Kenyataan itu menambah dalam menangani ruang lingkup global yang sentiasa berkembang dan selalunya tidak menentu, Malaysia berhasrat memperkukuh kesepaduan dalam kalangan negara anggota ASEAN.
01:11Selain itu meningkatkan daya tahanan, kerelevanan dan kepekaan ASEAN terhadap cabaran serantau dan global.
01:17Mohd juga menekankan pendekatan dasar luar Malaysia yang seimbang dan berprinsip dalam melibatkan kuasa global utama, khususnya dalam suasana geopolitik yang kian mencabar.
01:30Sesi itu telah menampilkan timbalan Menteri Luar Turki, Eberis Ikinci.
01:34Di luar ADF 2025, Mohd mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan sejawat termasuk Setiausaha Negara di Kementerian Luar Kemboja, Ming Kuampong Rat Tanak, Menteri Luar Somalia Ali Mohd Omar dan Timbalan Menteri Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan, Tandi Moraka.
01:54Perbincangan tertumpu kepada hubungan dua hala ke pengurusan ASEAN-Malaysia 2025 isu-isu serantau dan antarabangsa khususnya situasi di Asia Barat.

Recommended