Presiden AS Donald Trump umum pentadbirannya kini meneliti semikonduktor dan rantaian bekalan elektronik dalam siasatan tarif keselamatan negara. Beliau ulangi pendirian keras terhadap China dan janji pemulihan ekonomi melalui pemotongan cukai dan peraturan baharu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menegaskan tiada negara akan terlepas daripada tindakan terhadap ketidakseimbangan perdagangan dan halangan bukan tarif yang menurutnya telah lama digunakan terhadap Amerika terutamanya oleh China.
00:13Trump memaklumkan pentadbirannya kini sedang meneliti semiconductor dan keseluruhan rantaian bekalan elektronik dalam siasatan tarif atas dasar keselamatan negara yang akan datang.
00:24Katanya tiada pengecualian tarif diumumkan pada Jumat lalu.
00:31Produk tersebut kekal tertakluk kepada tarif Fentadale sebanyak 20% dan hanya berpindah ke kategori tarif lain.
00:39Beliau turut menuduh media arus perdana menyebarkan maklumat palsu mengenai dasar tarif itu.
00:45Beliau meningkatkan keperluan untuk meningkatkan perbuatan produk dalam negara bagi mengelakkan kebergantungan terhadap negara luar.
00:52Trump juga memberi bayangan bahawa pemotongan cukai dan peraturan yang baru diruluskan oleh Kongres akan merangsangkan penciptaan pekerjaan bergaji tinggi serta memperkukuh ekonomi domestik.
01:04Nyataan Trump itu hadir ketika pasaran kewangan Amerika terus berdepan ketidaktentuan dengan pelabur dan sektor perniagaan menunjukkan reaksi bercampur terhadap pendidian petakbiran terhadap dasar penggangan luar negara.
01:16Ketidakpastian ini turut menyumbang kepada turun naik mendadak pasaran Wall Street, tahap yang tidak disaksikan sejak pandemik COVID-19 pada tahun 2020.