JPJ akan memperkenalkan SOP baharu untuk kenderaan perdagangan dan awam pada Mei bagi tangani kemalangan melibatkan lori serta tingkat keselamatan jalan raya. #AWANInews
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ akan mengeluarkan garis panduan serta prosedur operasi standar SOP baru bagi kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam bermula Mei ini.
00:11Garis panduan ini merupakan langkah menangani peningkatan kemalangan membabitkan kenderaan berat.
00:16Ketua Pengarah JPJ, Dato' Edi Fadli Ramli memaklumkan antara aspek yang sedang diperincikan termasuk tindakan tegas terhadap pemandu kenderaan berat yang memandu melebihi had laju hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
00:32JPJ kini sedang meneliti SOP berkenaan bersama pihak berkepentingan dengan memberi penekanan khusus kepada kenderaan yang melebihi berat 75 tan yang sering terlibat dalam kes kemalangan.
00:43Terut dipertimbangkan ialah pelaksanaan larangan ke atas kenderaan perdagangan menggunakan lorong paling kanan lebuh raya selaras dengan pengumuman terdahulu oleh Menteri Pengangkutan Anthony Lok.
00:54SOP baru itu dijangka memperketat kawalan terhadap kenderaan perdagangan khususnya lori bagi memastikan pematuhan terhadap had laju dan penetapan lorong penggunaan yang lebih selamat di jalan raya.
01:06Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 8,862 kes kemalangan direkodkan sepanjang 6 hari pelaksanaan operasi khas Hari Raya Aidilfitri 2025 yang berlangsung dari 24 Mac hingga 8 April lalu.
01:21Terima kasih.
01:22Terima kasih.