Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahun maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Bandar Bukit Tinggi, Klang awal pagi, pada Isnin. #AWANInews
Transcript
00:00Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahun maut dalam kejadian perbalas tembakan dengan polis di bandar Bukit Tinggi Kelang awal pagi pada Isnin.
00:13Timbalan pengarah risikan operasi Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya telah mengesan suspek warga tempatan berusia 21 tahun itu di jalan bayu tinggi Kelang sebelum dia cuba melarikan diri daripada polis.
00:28Suspek telah bertindak merempuh kenderaan polis dan polis telah mengejarnya sebelum dia berjaya dipintas dan berlaku tembak-menembak antara suspek dan anggota polis di lokasi.
00:38Pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek menemui sepucuk pistol semi-automatik dan sebilah parang selain pemeriksaan ke atas lelaki itu mendapati tiada sebarang rekod jenayah.
00:50Suspek disyaki sebagai antara individu terbabit dalam kes penculikan remaja perempuan warga tempatan di Seremban, Negeri Sembilan yang telah meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta daripada keluarga mangsa pada 10 April lepas.
01:04Keluarga remaja perempuan itu telah membayar wang berjumlah RM280,000 serta barang kemas dan mangsa dilepaskan keesokan harinya 11 April lalu di Sendayan, Negeri Sembilan.
01:15Fadil berkata kes ini juga menyaksikan polis berjaya menahan 3 lelaki dan 3 wanita kesemuanya berumur dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun di Sendayan bagi membantu siasatan dan berjaya menemui RM230,000 selain rampasan lain yang sedang disemak.

Recommended