Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/14/2025
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Jemaah Menteri bersetuju untuk meneruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar melalui pembinaan hospital medan yang akan dikendalikan olleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Transcript
00:00Bertemu kembali, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan Ketua Tentera Myanmar General Kanan Min Aung Heng di Bangkok, Thailand pada Khamis ini.
00:11Menurut beliau, ia merupakan pertemuan pertama selaku pengerusi ASEAN dengan beberapa perkara dijangka dibincangkan bersama Min Aung.
00:19Anwar berkata ia termasuk meminta pihak junta melanjutkan tempoh gencatan senjata bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Myanmar.
00:32Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri General Myanmar kerana menyahut sebuah kita dengan sangat baik.
00:43Terus hanya satu call di telefon, terus dia bersetuju walaupun hari 17 hari bulan itu hari cuti agama besar di Myanmar,
00:54dia tetap akan melepas ke Bangkok untuk mengadakan pertemuan dengan saya dan terus pulang.
01:00Jadi, pertama ikhtiraf persahabatan dengan kita kerana kesedihan berbincang walaupun kita tidak boleh bincang untuk meningkatkan kerjasama sebelum beberapa prinsip diterima.
01:13Umpamanya, setelah saya telefon, saya kata kita nak bantu kerana kita juga jiran dan kita sebahagian dari ASEAN.
01:22Tetapi, saya minta supaya diredakan dan dihentikan kegiatan ketenteraan orang tengah sengsara.
01:34Jadi, hentikan dululah.
01:36SISFIRE.
01:37Dua hari selepas itu, dia umumkan SISFIRE.
01:42Tak semestinya atas usul saya tetapi, sekurang-kurangnya saya tempat suarakan bagi pihak Malaysia dan bagi pihak ASEAN.
01:50SISFIRE itu terhenti sehingga 22 April.
01:56Ini mudah-mudahan daripada perbincangan saya 17, saya minta lanjutkan.
01:59Alasan kita, kita hantar pasukan kita, pasukan keselamatan dan semat tim kita.
02:08Perdana Menteri berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama warga Kementerian Kewangan
02:13dan agensi bersama di Dewan Utama Kementerian Kewangan pada Senin.
02:17Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata,
02:19Jemaah Menteri bersetuju untuk meneruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar
02:23melalui pembinaan hospital medan yang akan dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia ATM.
02:30Dalam masa sama, Perdana Menteri juga memaklumkan beliau akan mengadakan mesyuarat bersama penasihat
02:34Jawatan Kuasa ASEAN dan Perdana Menteri Thailand, Petong Tan Shinawatra di Bangkok pada tarikh sama.
02:41Mesyuarat tersebut bagi mencari penyelesaian berhubung masalah Sungai Golok dan rantau panjang
02:46serta pengorekan dan pembersihan Sungai Golok yang menyebabkan kebanjiran di kawasan selatan Thailand dan Kelantan.
02:53Terima kasih kerana menonton!

Recommended