Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim arah semua projek, termasuk “projek sakit”, dipantau rapi agar disiapkan mengikut jadual dan beri impak ekonomi kepada rakyat Kelantan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelaksanaan semua projek termasuk projek yang dikategorikan sebagai projek sakit perlu dipantau dengan teliti supaya dapat diselesaikan mengikut jadual dan mencapai prestasi membanggakan.
00:14Beliau yang juga Menteri Keuangan menegaskan perkara itu semasa menghadiri mesyuarat khas pembangunan negeri Kelantan yang berlangsung di kompleks Kota Darunaim, Kota Baru.
00:23Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Dato' Muhammad Nasruddin Daud, ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri serta pegawai kanan daripada kerajaan persekutuan dan negeri termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsul Azri Amubakar.
00:38Beliau turut menyatakan harapannya agar kepedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kelantan kekal menjadi keutamaan dan diuruskan dengan penuh bertanggungjawab oleh semua pihak yang terlibat.
00:48Selepas menghadiri mesyuarat tersebut, Perdana Menteri turut menyertai Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025, peringkat negeri Kelantan yang diadakan di Pantai Irama Bacu.

Recommended