Beralih ke perkembangan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, yang masih dalam fasa pemulihan selepas insiden letupan saluran paip gas pada 1 April lalu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik beralih ke perkembangan kebakaran saluran pipe gas di Putra Heights yang masih dalam fasa pemulihan selepas insiden letupan saluran pipe gas pada 1 April lalu.
00:09Jadian tersebut telah menyebabkan lebih 140 individu tercedera dan lebih 500 peruduk terpaksa dipindahkan.
00:15Kini usaha pembersihan dan siasatan masih kiat dijalankan.
00:18Namun cabaran bagi peruduk belum berakhir.
00:21Selepas berdepan dengan tragedi kebakaran, mereka kini diuji pula dengan banjir kilat yang melanda kampung tengah pucong akibat hujan lebat sejak malam tadi.
00:29Untuk mendapatkan gambaran lebih lanjut dari lokasi, terus saja bersama rakyat setugas Madiha Abdullah di lapangan.
00:34Madiha, apakah perkembangan terkini di sana dan bagaimana keadaan penduduk yang terjejas?
00:39Beberapa buah jentera dilihat memasuki kawasan lokasi kebakaran pipe gas di Putra Heights bagi memulakan kerja-kerja pembersihan kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
00:51Ops Mega Pembersihan ini membabitkan lebih 1,400 petugas termasuk sukarelawan dari pelbagai agensi.
01:01Antara yang terlibat selain daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya MBSJ termasuklah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pebecal dan Pembersihan Awam.
01:13Saya berada di kawasan pos kawalan di luar kerana hanya, difahamkan hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan pembersihan.
01:24Kerja-kerja pembersihan ini akan berlangsung selama dua hari, hari ini dan esok, dengan fokus utama di Kampung Kuala Sungai Baru.
01:33Setakat Khamis lalu, lebih 100 tan sampah di Taman Putera Harmoni berjaya dikeluarkan oleh pihak KDEB Manajemen di Taman Putera Harmoni.
01:48Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Syari, tiba di arena MBSJ untuk pelepasan sukarelawan.
01:56Dalam sidang media pada Jumaat, Datuk Seri Amiruddin berkata antara keutamaan dalam pembersihan mega pada hari ini dan juga esok adalah untuk membantu penduduk membuang sisa kebakaran serta barangan peribadi yang rosak teruk akibat insiden tersebut.
02:16Sesi pembersihan hari ini dijangka akan selesai pada jam 2 atau 3 petang nanti dan dijangka satu sidang media akan dijalankan selepas itu.
02:28Itu saja daripada saya di Putra Heights, kembali ke Bukit Jalil.