Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 3 days ago
Friedrich Merz dijangka dilantik sebagai Canselor Jerman pada 6 Mei selepas pembentukan kerajaan gabungan CDU-SPD, menandakan perubahan besar dalam landskap politik negara itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Friedrich Merz, Ketua Parti Konservatif Jerman, CDU, dijangka dilantik sebagai Chancellor pada 6 Mei ini.
00:06Sumber daripada blok konservatif dan rakan gabungan mereka dari Parti Bahaluan Kiri Tengah, SPD, mengesahkan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menetapkan tarikh pelantikan tersebut.
00:18Pelantikan Merz sebagai Chancellor menadakan perubahan kepimpinan yang signifikan di Jerman selepas tempoh ketidakstabilan politik yang berlarutan selama beberapa bulan.
00:26Dalam pelan raya persekutuan pada 23 Februari, blok konservatif pimpinan Merz muncul sebagai parti terbesar namun gagal memperoleh majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.
00:38Untuk membentuk kerajaan majoriti, CDU telah bekerjasama dengan SPD, parti yang dipimpin oleh Chancellor Olaf Scholz, bagi membentuk sebuah gabungan yang kukuh di Parlimen.
00:47Perjanjian gabungan antara CDU dan SPD dijangka diluluskan oleh kealian SPD dan konvensyen CDU pada 28 April sebelum undian rasmi berlangsung pada 6 Mei.
00:57Merz 69 tahun merupakan seorang peguam terlatih dan bekas eksekutif BlackRock yang dikenali kerana pendiriannya yang konservatif serta komitmennya terhadap perpaduan Eropah dan hubungan transatlantik.
01:09Sebagai Chancellor, Merz berikrar untuk menumpukan kepada keselamatan Eropah, memperkukuh keupayaan pertahanan dan melaksanakan perikatan lebih tegas dalam menengani isu migrasi.

Recommended