• 10 hours ago
Tiga beradik mengaku tidak bersalah merusuh di Bahau

Tiga beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau di sini pada Rabu atas pertuduhan merusuh di Taman ACBE, Bahau minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian Norafiza Jaafar.

Tiga beradik itu, M Suresh Kumar, 36; M Ganesan, 35, dan M Dinesh, 29, diwakili peguam, T Daneish membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Norshazwani Ishak sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mereka bersama tujuh yang lain dibawa ke mahkamah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712291/berita/semasa/tiga-beradik-mengaku-tidak-bersalah-merusuh-di-bahau

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #merusuh













Recommended