• 11 hours ago
Asia Tengah destinasi eksport penting minyak sawit Malaysia

Pelbagai usaha dirangka untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam membekalkan minyak sawit ke Asia Tengah dan meningkatkan penguasaan pasaran minyak sawit di Pakistan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, antara usaha yang dirangka termasuklah lawatan dan jaringan perdagangan, penyertaan dalam pameran di Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berhubung usaha terbaharu yang digerakkan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi menjadikan Malaysia sebagai pemain industri terbesar dalam pembekalan minyak kelapa sawit di Asia Tengah dan kembali dominan dalam pengedaran minyak sawit di Pakistan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #eksportminyaksawit

Recommended