PKR kini dalam fasa ujian kuasa - Rafizi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berada dalam fasa ujian kuasa selepas berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, ketika ini ramai yang berpusu-pusu menyertai PKR untuk mengejar jawatan dan kuasa, sehingga wujud gerakan yang cuba menjatuhkan ‘orang lama’ yang telah lama berjuang bersama parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727923/berita/politik/pkr-kini-dalam-fasa-ujian-kuasa---rafizi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PKR #Rafizi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berada dalam fasa ujian kuasa selepas berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, ketika ini ramai yang berpusu-pusu menyertai PKR untuk mengejar jawatan dan kuasa, sehingga wujud gerakan yang cuba menjatuhkan ‘orang lama’ yang telah lama berjuang bersama parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727923/berita/politik/pkr-kini-dalam-fasa-ujian-kuasa---rafizi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #PKR #Rafizi
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Masa kita susah, orang selalunya tak mahu bersama.
00:06Dan yang itulah yang kita semua, kebanyakan yang lama-lama ini, telah melalui proses itu.
00:13Kalau macam saya, kalau macam Nik, macam Tok Min, kita zaman yang awal-awal dulu,
00:20selalunya jalan masuk ke parti ini melalui masa itu pemuda keadilan.
00:25Sekarang dia panggil angkatan muda, pemuda keadilan.
00:27Pemuda keadilan dulu, hebat macam mana kamu dari segi pendidikan.
00:34Saya dulu ni, chartered accountant, balik daripada UK, 10 tahun duduk UK.
00:41Balik Malaysia, kerja apa dia?
00:43Tampal poster, susun kursi, lepas tu kalau tak ada penceramah, sudah kena jadi penceramah bidan.
00:53Saya ingat awal-awal lagi, nak jadi penceramah bidan dulu, kot-kot jadi penceramah bidan,
00:59saya dulu ada teks.
01:01Saya ada kawan daripada PKR kat Tengah Nu, sekarang dia kata,
01:06Ya Allah, kalau YB ingatlah ucapan-ucapan awal YB dulu memang orang baling kursi.
01:12Masa itu tak pandai berucap, kena baca teks semua.
01:15Tapi saya tak pernah buat yang YB Amin buat, saya tak pernah jaga trafik, mulia sikit.
01:22Trafik ni hina betul.
01:25Paling kurang, paling kurang jadi penceramah bidan terjun.
01:30Tak adalah jaga trafik.
01:32Baik ya.
01:32Masa kita susah, tak ada orang nak bersama dengan kita.
01:40Dan rakyat memerhati ni.
01:42Rakyat memerhati bahawa ini adalah satu kumpulan manusia yang benar-benar ikhlas.
01:49Sebab itu kalau nak marah saya, saya bimbang.
01:53Kalau selepas kita berkuasa, tahun 2022,
01:57kita tengok lambatkan manusia yang masuk.
02:02Dan saya tegur secara terbuka, terutamanya yang muda-muda.
02:07Saya bimbang kalau setiap program itu program makan-makan.
02:13Setiap program itu program di hotel besar.
02:17Setiap program itu ada beg-beg.
02:19Saya bimbang sebenarnya.
02:22Kalau ikut saya lah, sekarang Kamil sudah pun dinobatkan sebagai ketua AMK.
02:27yang baru.
02:28Saya nak cadangkan Kamil buat satu modul baru.
02:32Setiap AMK yang ada itu, sila datang belajar dengan Tok Min kawal trafik dulu.
02:41Baru.
02:43Baru dia tahu sebenarnya jalan untuk naik ini,
02:48dia panjang bukan sebenarnya kerana kita tak nak bagi peluang.
02:53kerana kita tahu bila sudah dekat dengan kuasa,
02:58ujian itu lebih besar setara-setari.
03:01Dan kalau dia tengok sebenarnya, kita tak sedar.
03:05Sebab bila jadi wakil rakyat,
03:07Hatta jadi ahli majlis pun,
03:09yang sebelum ini belum ada kawan,
03:12tiba-tiba semua jadi kawan.
03:14Kalau sebelum ini tak pernah terfikir pasal pingat,
03:17kalau tak dapat pingat, marah dekat kerajaan.
03:20sebab kenapa aku sumbangan banyak tak dapat pingat, contohnya.
03:24Saya tanya Tok Min, ada dua-tiga orang kat Nogori.
03:27Eh kenapa dia marah pula ini?
03:28Kenapa dia nak melawan pula?
03:30Tok Min kata dia tak puati sebab dia tidak dicalonkan untuk mendapat pingat.
03:33Gila betul lah.
03:38Jadi benda-benda ini orang tengok.
03:42Kita tak sedar.
03:44Orang tengok.
03:46Dan bila orang tengok, itulah orang akan tentukan.
03:50Rakyat akan tentukan.
03:51Sama ada kamu telah lepas ujian berkuasa,
03:56ataupun kamu gagal.
03:57Terima kasih kerana menonton!