Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Sekurang-kurangnya 17 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam satu serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah, di tengah Semenanjung Gaza, pada Selasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 17 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam satu serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah di tengah semenanjung Gaza pada Selasa.
00:10Kawasan itu menjadi tempat pelindungan penduduk awam di Kemp Pelarian Al-Burij.
00:18Penduduk sekitar Kemp Al-Burij bertindak pantas untuk menyelamatkan mangsa yang terselamat dan mengeluarkan mayat dari runtuhan selepas serangan tersebut.
00:26Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 37 rakyat Palestine dilaporkan terbunuh di seluruh Gaza dalam beberapa seri serangan tentera Israel pada hari yang sama.
00:35Tentera Israel dalam satu kenyataan mendakwa serangan itu menyasarkan pengganas yang beroperasi dari sebuah pusat komando yang digunakan untuk menyimpan senjata dan merancang serangan terhadap Israel.
00:45Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa operasi ketenteraan yang dipeluas akan menjadi intensif serta melibatkan penggekalan kawasan yang ditawan dan pemindahan penduduk Palestine atas faktor keselamatan mereka sendiri.
00:59Serangan balas Israel telah meragut lebih 50 ribu nyawa rakyat Palestine, kebanyakannya orang awam dan menghancurkan sebahagian besar kawasan di semenanjung Gaza sejak Oktober 2023.
01:09Kemusahan meluas suatu bilangan korban yang tinggi terus mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa mengenai krisis kemanusiaannya semakin meruncing di wilayah tersebut.

Recommended