Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Warganegara Malaysia tidak lama lagi akan menikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi tempoh kumulatif tinggal sehingga 90 hari, sebaik sahaja kedua-dua negara melengkapkan prosedur domestik yang diperlukan di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik lagi, laporan antarabangsa akan saya bawakan selepas ini.
00:05Untuk laporan seterusnya, warga negara Malaysia tidak lama lagi akan menikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi tempoh kumulatif tinggal sehingga 90 hari.
00:15Ia bahkan telah senakan sebaik saja kedua-dua negara melengkapkan prosedur domestik yang diperlukan di bawah perjanjian pengecualian visa bersama.
00:23Kedutaan China di Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan perjanjian itu akan berkuat kuasa selama lima tahun dan akan dilanjutkan secara otomatik untuk tempoh lima tahun berikutnya.
00:38Menurut kedutaan, perjanjian itu menetapkan bahawa tempoh maksimum kumulatif tinggal tanpa visa bagi warga negara satu daripada pihak yang menandatangani perjanjian di wilayah pihak satu lagi adalah tidak melebihi 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari.
00:53Bagi warga negara asing yang memasuki China di bawah dasar pengecualian visa, jumlah hari mereka tinggal di China tidak boleh berlebihi 90 hari dalam tempoh 180 hari sebelum mana-mana tarikh.
01:05Kedutaan turut menjelaskan bahawa tempoh 90 hari itu tidak termasuk hari yang diluangkan di China dengan menggunakan visa, permit, kediaman, dokumen visa lain atau kad perjalanan perniagaan APEC.
01:17Kemasukan tanpa visa tidak akan diberikan kepada mana-mana warga asing yang telah tinggal selama 90 hari dalam tempoh 180 hari.
01:24Sekiranya individu itu belum mencapai had 90 hari tetapi mempunyai baki kurang daripada 30 hari, tempoh kemasukan tanpa visa bagi kemasukan berikutnya akan dihadkan kepada baki hari yang tinggal.
01:36Warga negara China yang datang ke Malaysia juga akan mengikut amalan yang sama.
01:41Pihaknya yakin perjanjian ini akan menggalakkan lagi pertukaran antara rakyat, memperkukuhkan persafahaman bersama dan memperdalam kerjasama pelbagai sektor antara kedua-dua negara dan rakyat apabila ia mula berkuatkuasa.
01:53Perjanjian untuk melanjutkan pengecualian visa antara China dan Malaysia itu telah ditandatangani semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia bulan lepas.
02:03Pelanjutan itu berdasarkan perjanjian timbal balik semasa yang membenarkan warga China dan Malaysia membuat lawatan tanpa visa ke negara masing-masing bagi tempoh sehingga 30 hari.

Recommended