Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Beberapa letupan kuat dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di Pakistan dan Kashmir yang dikuasai Pakistan pada Rabu.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Siri letupan kuat dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di Pakistan dan Kashmir yang dikuasai Pakistan-Pederabu.
00:09Ini selepas India mengumumkan telah melancarkan serangan ke atas sembilan lokasi yang didakwa sebagai infrastruktur pengganas.
00:19Pakistan pula berikrah akan bertindak balas terhadap serangan itu.
00:23Saksi di Muzaffarabad, ibu negeri Kashmir yang ditakbir Pakistan melaporkan berlaku gangguan bekalan elektrik selepas letupan berkenaan.
00:32Menurut kenyataan rasmi kerajaan India, serangan itu merupakan sebahagian daripada operasi Sindor.
00:37Katanya ia menyasarkan kem pengganas di Pakistan dan wilayah Jamu serta Kashmir yang diduduki Pakistan yang dikatakan menjadi pangkalan perancangan dan pelaksanaan serangan ke atas India.
00:47Kenyataan itu menyebut tindakan itu adalah berfokus pada skala ditetapkan dan tidak bertujuan untuk mencetuskan ketegangan.
00:54Jelasnya lagi, tiada kemudahan tentera Pakistan yang disasarkan dan India telah menunjukkan kawalan yang besar dalam pemilihan sasaran dan kaedah pelaksanaan.
01:03Jurucakap tentera Pakistan pula memberitahu saluran penyiaran ARY bahawa India telah melancarkan serangan peluru berpandu di tiga lokasi dan Pakistan akan memberi tindak balas terhadap serangan itu.
01:14Insiden itu berlaku dalam suasana ketegangan yang memuncak antara dua negara jiran yang memiliki senjata nuklear sesulan serangan berdarah terhadap pelancong Hindu di Kashmir yang ditakbir India bulan lalu.
01:25Dalam kejadian itu, seramai 26 orang terbunuh dan India menunding jari kepada Pakistan sebagai dalang serangan serta berikrah akan bertindak balas.
01:35Pakistan bagaimanapun menafikan pelibatan dan mendakwa memiliki maklumat risikan bahawa India sedang merancang serangan.

Recommended