Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Amerika Syarikat dan Ukraine menandatangani perjanjian yang memberi akses eksklusif kepada AS untuk melabur dalam projek sumber asli utama Ukraine, menurut laporan Bloomberg.
Transcript
00:00Amerika Syarikat dan Ukraine menandatangani satu perjanjian penting yang memberikan Washington akses istimewa kepada sumber asli Ukraine.
00:09Laporan Bloomberg News menyebut perjanjian tersebut membuka peluang eksklusif kepada Amerika Syarikat untuk melabur dalam pelbagai projek pembangunan sumber asli Ukraine termasuk aluminium, grafit, minyak serta gas asli.
00:21Rundingan perjanjian ini telah berlangsung selama beberapa bulan dan dianggap sebagai sebahagian daripada strategi Washington untuk memperkukuh sokongan jangka panjang terhadap Ukraine dalam pelbagai sektor.
00:32Usaha ini juga bertujuan memastikan bantuan ketenteraan dan keuangan yang telah disalurkan kepada Ukraine dapat dimanfaatkan secara berkesan untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula negara tersebut.

Recommended