Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata pengurusan tertinggi syarikat berkenaan telah dikenal pasti manakala kesemua kakitangan di agensi-agensi terlibat telah diberi tawaran semula untuk menyertai entiti berkenaan dengan skim gaji yang lebih menarik.
Transcript
00:00Penggabungan lembaga air kucing, lembaga air sibu serta laku manajemen sebagai satu entiti penurusan air Sarawak akan beroperasi sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan JLC, kerajaan Sarawak yang dimiliki SFS Interoperated Sendirian Berhad.
00:16Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, proses pembentukan entiti itu kini di peringkat akhir sebelum dilancarkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Uping pada Jun depan.
00:32Jelas Julaihi, pengurusan tertinggi syarikat berkenaan telah dikenalpasti manakala ke semua kaki tangan di agensi-agensi terlibat telah diberi tawaran semula untuk menyertai entiti berkenaan dengan skim gaji yang lebih menarik.
00:45Kita sekarang berada di peringkat final di mana kita buat town hall dengan setiap agensi yang berkaitan untuk memaklumkan bagaimana skim tawaran kepada mereka yang memilih untuk menyambungkan perkhidmatan di bawah satu entiti nanti.
01:09Tetapi secara keseluruhannya saya difahamkan bahawa dari segi gaji, dari segi EPF-nya, dari segi insentifnya adalah jauh lebih baik daripada yang ada sekarang. InsyaAllah.
01:25Beliau berkata demikian kepada media selepas turun padang ke projek bekalan air Sarawak di Logi Rawatan Air Selabi, Serian pada Rabu.
01:34Langkah penggabungan semua agensi ini bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan bekalan air di kawasan bandar dan pinggir bandar Sarawak.
01:41Ketika ini, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, JBALB, tidak digabungkan sebagai sebahagian entiti berkenaan bagi meneruskan fungsinya secara berfokus membangunkan infrastruktur bekalan air di luar bandar serta pedalaman Sarawak.
01:57Secara purata, liputan bekalan air bersih di Sarawak setakat ini telah mencapai 85% dengan kawasan bandar lebih 90% manakala luar bandar 71%.
02:07Terima kasih.

Recommended