Malaysia selaku Pengerusi ASEAN ketika ini memainkan peranan penting dalam menyelaras respons blok serantau itu terhadap kejadian gempa bumi terbaru di Myanmar.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Selaku pengurusi Asia Malaysia memainkan peranan penting dalam menyelaras respons blok serantau terutama ketika kejadian gempa bumi di Myanmar, kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.
00:11Wong berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada selasa mengenai situasi kemanusiaan susulan bencana tersebut.
00:19Anwar semasa lawatan ke Thailand pada 17 April telah memaklumkan kepada Lawrence tentang situasi kemanusiaan pasca gempa bumi yang beliau sifatkan dahsyat itu.
00:31Lawrence turut menyatakan dalam keadaan yang penuh ketidakpastian ini, perparuan serantau adalah lebih penting berbanding sebelumnya.
00:39Gempa bumi kuat bermagnitude 7.7 telah melanda tengah Myanmar pada 28 Mac lalu, mengorbankan lebih 3,700 nyawa.
00:47Semasa lawatan kerja ke Thailand, Anwar telah bertemu dengan pengurusi Majlis Pertabiran Negara Myanmar, General Kanan Min Aung Hilang.
00:55Kedua-dua mereka mengadakan mesyuarat secara maya bersama pemimpin kerajaan perpaduan nasional Myanmar NUG, Man Win Khang Tan, bagi membincangkan usaha pemulihan selepas bencana.
01:07Susulan pertemuan itu, kedua-dua pemimpin Myanmar berikra untuk melanjutkan gencatan senjata dan memastikan keselamatan petugas kemanusiaan.
01:14Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa gencatan senjata di Myanmar yang dijadual tamat pada 30 April perlu dilanjutkan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada semua komuniti yang terjejas.