Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Kementerian Kesihatan Laos, dengan kerjasama Save the Children International Laos dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), akan melancarkan inisiatif sistem kesihatan tahan iklim pertama di negara itu yang dibiayai oleh Green Climate Fund (GCF).
Transcript
00:00Kematik Kesihatan Laos bakal melaksanakan Sistem Kesihatan Tahan Iklim pertama
00:05melalui projek kerjasama bersama rakan pembangunan termasuk Save the Children
00:10dan Pertumbuhan Kesihatan Sedunia, WHO.
00:13Projek lima tahun yang dibayai oleh Green Climate Fund, GCF,
00:18disasarkan memberi manfaat kepada lebih 1.8 juta penduduk,
00:22khususnya komuniti luar bandar yang terdedah kepada kesan perubahan iklim.
00:25Memerendam Persefahaman MOU, Projek Strengthening Climate Resilient of the Laos Health System
00:33ditandatangani Ketua Pengarah Jabatan Kebersihan dan Promosi Kesihatan Laos,
00:37Dr. Fon Pasiuth Sayamongkun dan Pengarah Negara Save the Children Laos, Luke Epps.
00:44Projek ini bertujuan memperkukuhkan ketahanan sistem kesihatan laos terhadap perubahan iklim
00:49melalui pendekatan menyeluruh merangkumi takbir urus, sistem maklumat kesihatan
00:54dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.
00:57Fokus utama projek ini ialah melindungi kanak-kanak merupakan antara golongan
01:01paling terjejas akibat kesan iklim seperti demam denggi, penyakit bawaan air
01:06serta kekurangan zat makanan.
01:09Projek ini turut menyokong 100 fasiliti kesihatan dan 250 komuniti di 7 wilayah.
01:16Ia turut melibatkan naik taraf kepada 79 fasiliti dengan infrastruktur yang tahan iklim
01:21dan cekap tenaga serta peningkatan kesedaran awam berkaitan kesihatan dan iklim.
01:26Inisiatif ini turut merangkumi sistem amaran awal penyakit, penyediaan data kesihatan dan iklim
01:32serta memperluas akses rawatan kesihatan untuk populasi berisiko tinggi di Laos.
01:37Terima kasih telah menonton!
01:38Terima kasih telah menonton!

Recommended