Kemboja dan Singapura menyokong usaha Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk meneruskan dialog dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan keselamatan petugas kemanusiaan serta membawa keamanan kepada rakyat Myanmar.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kemboja dan Singapura menyokong usaha Malaysia untuk meneruskan dialog dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan keselamatan petugas kemanusiaan serta rakyat Myanmar.
00:11Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perkara itu disampaikan Perdana Menteri Kemboja, Hon Manet dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong, menerusi perbualan telefon secara berasingan bagi membincangkan pelbagai isu serantau.
00:24Jelas Anwar, kedua-dua pemimpin menyambut baik inisiatif Malaysia yang mengadakan pertemuan dengan pengurusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, General Kanan Min Ang Hliang dan Man Win Khaing Tan dari Kerajaan Perpaduan Nasional NUG di Bangkok baru-baru ini.
00:42Anwar menyifatkan pertemuan itu sebagai langkah penting ke arah usaha perdamaian yang berkekalan di Myanmar. Beliau berkata demikian menerusi hantaran kenyataan di Facebook.
00:52Dalam perbualan sama, ketiga-tiga pemimpin turut berbincang mengenai isu perdagangan serantau termasuk tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
01:01Malaysia turut meminta Amerika Syarikat memberi ruang kepada negara ASEAN mencari jalan penyelesaian melalui mekanisme hubungan dua hala masing-masing.
01:09Malaysia pada masa sama menyuarakan pendirian bersama ASEAN berhubung isu tarif dan dasar perdagangan dan menggesa Amerika Syarikat agar melihat ASEAN sebagai satu entiti kolektif.
01:21Anwar yakin dengan semangat persahabatan dan prinsip keterpaduan ASEAN, usaha bersama itu akan membawa keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rantau ini.