Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi mengubah Malaysia dan Singapura menjadi hab inovasi dan teknologi berkembang maju berbanding pusat pembuatan konvensional.
Transcript
00:00Zon ekonomi khas Johor, Singapura, JSSEC berpotensi mengubah landscape ekonomi Malaysia dan Singapura daripada pusat pembuatan konvensional kepada hub inovasi dan teknologi yang dinamik.
00:13Menurut CIMB Securities, setakat tahun ini, 80% daripada pelaburan yang diluluskan di Johor termasuk projek bernilai RM23 bilion yang dicatatkan pada April dan RM27.4 bilion pada suku pertama 2025.
00:30Sebagian besar pelaburan melibatkan sektor bernilai tinggi seperti perubatan dan semiconductor, membabitkan lebih 50 projek.
00:38Bagi mempercepat pertumbuhan, Malaysia telah menubuhkan Pusat Pemudah Cara Pelaburan IMFCJ, manakala Singapura mewujudkan agensi bersama untuk menyokong pengembangan syarikat ke zon itu.
00:50Sebagai contoh, projek seperti RTS Link yang dijangka siap hujung 2026 dan sistem transit e-Art Johor dijangka menarik lebih banyak pelaburan.
01:02Selain itu, JSSEC turut menampilkan pendekatan mesra alam.
01:06Di Sunway City Iskandar Puteri, pembinaan gudang karbon neutral bernilai RM8 bilion telah bermula selari dengan hasrat kerajaan mempromosikan taman industri hijau.
01:17Bagi menarik bakat, kerajaan menawarkan kadar cukai pendapatan istimewa 15% selama 10 tahun kepada tenaga kerja berpengetahuan.
01:27JSSEC dijangka mewujudkan sehingga 100,000 pekerjaan berkualiti dengan gaji permulaan sekitar RM4,000 hingga RM5,000.

Recommended