Kerajaan Negeri Sembilan telah membelanjakan lebih RM27 juta bagi projek pembangunan pada suku pertama tahun ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan Negeri Sembilan telah membelanjakan lebih RM27 juta bagi projek pembangunan pada suku pertama tahun ini yang merupakan sebahagian daripada peruntukan keseluruhan sebanyak RM135 juta bagi tahun kewangan semasa.
00:13Menteri Besar Dato' Suri Aminuddin Harun berkata prestasi perbelanjaan 3 VOT tertinggi yang dicatatkan ialah VOT P50 dengan peratus perbelanjaan 49.13% atau lebih RM22.1 juta.
00:30Ia diikuti VOT P63, Jabatan Hal Ewal Agama Islam dengan lebih RM1.3 juta dan VOT P54, Jabatan Pengairan dan Seleran iaitu lebih RM1.3 juta.
00:45Tambahnya sebanyak 361 projek pembangunan telah diluluskan setakat suku pertama.
00:51Daripada jumlah itu, 31 projek masih belum dimulakan, 177 dalam peringkat pra-pelaksanaan, 143 sedang dilaksanakan manakala 10 projek telah siap.
01:02Sementara itu berkaitan hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat, beliau menjelaskan bahawa sejak 2016 tiada pinjaman baru dibuat.
01:11Namun, Kerajaan Negeri masih mempunyai baki pinjaman berjumlah lebih RM937 juta sehingga 31 Desember 2024.
01:20Bayaran hutang juga dinaikkan kepada RM3 juta tahun ini dan telah dibayar pada 27 Februari lalu.