Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
V

Category

🗞
News
Transcript
00:00Semua agensi pelaksana di Sabah diminta sentiasa memantau kemajuan projek-projek di negeri itu.
00:07Ketua Menteri Sabah, Datuk Sui Haji J. Nur menegaskan, ini bagi memastikan kesemua projek berkenaan diselesaikan dengan baik dan menyeluruh.
00:17Dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri di Menara Kinabalu pada Selasa,
00:24Haji J berkata, bagi tahun ini 1,265 projek dan program perlu diselesaikan mengikut jadual tanpa kelewatan.
00:33Haji J dalam masa sama menggesa agensi-agensi berkaitan untuk memastikan semua inisiatif dan program di bawah Rancangan Malaysia ke-12, RMK-12 dan Pelan Pembangunan Hala 7 Sabah Maju Jaya
00:46dilaksanakan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kehidupan rakyat.
00:51Jelasnya lagi, di bawah Rancangan Malaysia ke-13, RMK-13, Kerajaan Sabah telah merangka Hala 7 Pembangunan Strategik Negeri
00:59sebagai satu langkah proaktif untuk memacu ekonomi dan pembangunan negeri Sabah bermula dari tahun 2026 hingga 2030.
01:09Walaupun terdapat pelbagai kejayaan melalui inisiatif Hala 7 SMJ dan angka positif dari semua data yang dikeluarkan setakat ini,
01:18Haji J berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh berehat dan menjadi selesa.

Recommended