Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.

Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:00Baik ASEAN 25 jam ini bersama saya Farhan Hakimi dan kita mulakan dengan laporan ini
00:10Presiden Indonesia Prabowo Subianto merancang menubuhkan satu pasukan khas
00:15bagi menangani isu pengangguran yang dijangka meningkat
00:17susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat
00:21Seorang pakar ekonomi kadang menegaskan pasukan ini perlu memastikan pekerja
00:25yang diberhentikan menerima pampasan sewajarnya
00:28Menurut anggaran badan pemikir Selios, tarif sebanyak 32% ke atas barangan yang dihantar ke Amerika Syarikat
00:37berpotensi menyebabkan kira-kira 1.2 juta rakyat di Indonesia kehilangan pekerjaan tahun ini
00:42Pekerja yang diberhentikan berhak menerima pampasan
00:45yang jumlahnya bergantung kepada tempoh perkhidmatan mereka di syarikat tersebut
00:49Seorang penalisis ekonomi Bima Yudistira menyatakan banyak syarikat gagal membayar pampasan
00:55atau gaji tertunggak kepada pekerja yang diberhentikan
00:58Beliau menekankan perlunya data yang tepat mengenai tenaga kerja Indonesia
01:02dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas terhadap majikan yang melanggar hak pekerja
01:06Pasukan khas yang akan dibentuk perlu memantau dengan teliti siapa yang diberhentikan
01:11sama ada dalam sektor formal atau tidak formal agar mereka dapat menerima pampasan yang sewajarnya
01:16Beliau juga menyeroti kecenderungan majikan di Indonesia yang lebih memilih untuk menggaji pekerja kontrak atau pelatih bagi mengurangkan kos
01:24sekaligus mengelak tanggungjawab untuk memenuhi hak ekonomi pekerja tetap
01:28Kementerian Tenaga Kerja melaporkan sekitar 18,610 orang telah kehilangan pekerjaan dalam 2 bulan pertama tahun 2025
01:36dengan menjeritanya berasal dari Jawa Tengah mencatatkan 10,677 perberhentian dalam tempoh tersebut
01:44Syarikat pembuatan pelbagai produk Indorama bakal melabur sebanyak 2 bilion dolar Amerika
01:51dalam projek pengeluaran amonia biru di Louisiana Amerika Syarikat
01:55Menurut Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Erlangga Hartato
02:00setakat ini projek tersebut berada di peringkat reka bentuk kejuruteraan
02:05Katanya langkah itu juga adalah sebahagian usaha meredakan rundingan tarif antara Indonesia dan juga Amerika Syarikat
02:12Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada Isnin selepas mengetuai delegasi peringkat tinggi ke Washington DC
02:18Sebagai konteks, Indorama sudah pun beroperasi di Amerika Syarikat dalam pengeluaran poli-tilena, tereftalat, PET
02:26yang biasa digunakan untuk pembungkusan serta bekas makanan dan minuman selain pelbagai produk lain
02:32Industri automotif Kemboja menerima lonjakan besar pada Isnin dengan upacara pecah tanah
02:45bagi pembinaan kilang pemasangan oleh pengeluaran kenderaan elektrik EV terbesar China, BYD Auto Company Limited
02:52Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Kong Sofal
02:56inisiatif ini merupakan satu langkah positif kerana ia akan menyongkong Kemboja
03:01untuk meningkatkan penggunaan EV selaras dengan dasar mereka
03:04Terletak di zon ekonomi khas Sihanukville, kilang tersebut akan mempunyai kapasiti untuk memasang kira-kira 10,000 kenderaan setiap tahun
03:15apabila mula beroperasi hujung tahun ini
03:18Kilang baru itu juga dijangka mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kemboja
03:23dan memacu segmen kenderaan penumpang EV seiring dengan usaha kerajaan membangunkan rangkaian pengangkutan yang lebih mesra alam
03:31Menurut Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan, sebanyak 2,253 kenderaan elektrik pesendirian baru didaftarkan tahun lalu
03:40Kerajaan juga melancarkan peta jalan EV Kemboja dengan sasaran untuk mencapai 800,000 EV menjelang tahun 2030
03:49Kemboja turut mempunyai strategi jangka panjang untuk mencapai karbon neutral
03:54dan menyasarkan 70% motosikal, 40% kereta dan bas bandar di negara itu
04:01adalah elektrik menjelang tahun 2050
04:04Thailand sedang menunggu maklum balas daripada Amerika Syarikat mengenai tarikh bagi mengadakan rundingan berhubung tarif timbal balik
04:12diumumkan Presiden Donald Trump
04:14Perdana Menteri Petong Tan Shinawat berkata kerajaan sedang mengatur pertemuan dengan pihak Washington
04:19namun masih belum jelas sama ada rundingan itu akan diadakan pada penghujung bulan ini atau awal Mei
04:25Memetik Bangkok Post, beliau berkata timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan
04:32akan mengetuai delegasi Thailand
04:34Malah Pichai ujarnya telah memberikan maklumat terkini secara bekala mengenai persiapan untuk rundingan tersebut
04:41Sebelum ini delegasi Thailand membatalkan lawatan mereka ke Washington dan satu tarikh baru akan dijadualkan
04:49Penangguhan rundingan susulan Washington meminta Thailand menilai semula beberapa isu tertentu yang akan dibangkitkan dalam rundingan itu
04:57Awal April lalu, kerajaan Thailand menyatakan kesediaan berunding dengan Amerika Syarikat
05:02selepas Trump mengumumkan pelaksanaan tarif timbal balik sebanyak 36% ke atas ekspor Thailand ke negara itu
05:10Betong Tran berkata beliau berharap dapat mengadakan dialog membina dengan Amerika Syarikat
05:16pada peluang paling awal untuk mencapai keseimbangan perdagangan yang adil
05:20selain meminimumkan gangguan kepada kedua-dua ekonomi
05:26Amerika Syarikat dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan
05:34Prof. Malaysia University of Science and Technology MAS, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata
05:40ASEAN secara kolektif merupakan pemain dan pasaran industri yang terlalu penting sehingga tidak mungkin akan diabaikan
05:48Amerika akan melihat bahawa apa-apa juga suara koleksi
05:55suara koleksi daripada ASEAN akan dilihat sebagai satu yang sangat penting untuk diambil kira
06:02di dalam keputusan yang akan dibuatnya
06:06dan kita akan melihat Amerika akan memerlukan semua negara ASEAN untuk berganding dengan Amerika
06:17untuk membolehkan Amerika terus relevan sebagai ekonomi usaha dunia
06:24Dalam temubual sama penganalisis politik dan hubungan antarabangsa Universiti Utara Malaysia
06:29Prof. Dr. Ahmad Martada Muhammad pula menegaskan
06:33keperluan ASEAN untuk membuktikan muafakat yang jitu dalam menangani cabaran ekonomi global semasa
06:39tetapi apabila ada suatu peristua yang besar seperti ini
06:43maka sudah tentulah kedudukan ASEAN itu akan menjadi lebih kukuh
06:47dan negara-negara di dalam ASEAN pasti melihat bahawa mereka perlu bersatu padu
06:52dan kesatuan inilah bagi saya adalah masa dan ketika yang sungguh baik
06:56di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang menjadi pengurusi ASEAN pada ketika ini
07:01untuk menuntulkan sentraliti of ASEAN di mata dunia
07:04bahawa ASEAN boleh bergerak dalam satu wadah yang sama
07:08memperjuangkan kepentingan semua negara ASEAN
07:10Pandangan berkenaan diutarkan dalam program Agenda Awani pada Isnin
07:15Selepas genap sebulan Myanmar dilanda gempa bumi paling dahsyat dalam lebih satu abad
07:22ribuan mangsa masih berlindung di kemah-kemah sementara di beberapa lokasi di negara itu
07:28Gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter merupakan gegaran terkuat di Myanmar
07:34sejak tahun 1912 sehingga mengorbankan hampir 3,800 orang
07:39Kemusnahan paling teruk tertumpu di bandar kedua terpadat Mandalay
07:45di bangunan kediaman, restoran hotel dan rumah ibadat musnah atau rosak teruk
07:49Dengan puluhan ribu orang masih tiada tempat tinggal menjelang musim monsoon
07:54agensi bantuan memberi amaran mengenai cabaran besar yang dijangka menyusul
07:58Ketua Persekutuan Palang Merah Antarabangsa IFRC Myanmar Nadia Khouri berkata
08:04orang ramai amat bimbang dengan apa yang akan berlaku dalam beberapa minggu akan datang
08:08Ini kerana mereka bukan hanya terhimpit dengan impak bencana
08:11Myanmar juga berdepan dengan serangan ketenteraan yang berlarutan meskipun terdapat gencatan senjata
08:17Junta yang mencetuskan Perang Saudara selepas rampasan kuasa 2021
08:21mengisytiharkan gencatan senjata untuk mempercepatkan usaha bantuan bermula 2 April lalu
08:27Namun, pemantau dari Pusat Ketahanan Maklumat yang berpengkalan di Britain
08:31mencatatkan 65 serangan udara oleh Junta
08:34Penduduk mendakwa serangan pada Rabu lalu mengorbankan 5 nyawa
08:37dan mencederakan 8 yang lain di sebuah kampung di pinggir bandar Tabain
08:41Di timur Myanmar, penduduk melaporkan mereka terpaksa meninggalkan rumah
08:45akibat serangan kumpulan bersenjata yang cuba merampas bandar
08:48di laluan perdagangan menguntungkan ke Thailand semasa gencatan senjata berlangsung
08:52Selepas 4 tahun konflik, separuh daripada populasi, hidup dalam kemiskinan
08:58dan 3.5 juta orang dipindahkan sebelum gempa tersebut
09:02Bandar Raya Ho Chi Minh dipenuhi dengan bendera dan poster
09:12sebagai persiapan menyambut ulang tahun ke-50 berakhirnya Perang Vietnam
09:17Ia bagi mengingat peristiwa bersejarah penyatuan semula Vietnam Utara dan Selatan pada tahun 1975
09:22Ribuan rakyat dari seluruh negara dijangka menghadiri perarakan
09:27serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, sambutan
09:30memperingati peristiwa 50 tahun itu
09:32Sambutan ini juga merupakan simbolik berakhirnya salah satu konflik terpanjang
09:37dan paling berdarah dalam sejarah modern
09:40Perang Vietnam berlangsung selama 2 dekad
09:42dan meragut hampir 60 ribu nyawa rakyat Amerika
09:46kebanyakannya askar muda yang dihantar kerajaan mereka
09:49Pada masa sama, kira-kira 3 juta rakyat Vietnam turut terkorban dalam konflik tersebut
09:54Thailand menerima kemasukan sekitar 11.84 juta ketibaan pelancong asing setakat tahun ini
10:05meningkat sebanyak 0.12% berbanding tempoh sama tahun lalu
10:11Menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan, ketibaan tersebut termasuk 1.6 juta pelawat dari China
10:17Kementerian itu juga mengekalkan unjuran ketibaan pelancong asing pada 38 juta tahun untuk tahun ini
10:26walaupun berlaku gempa bumi bermagnitud 7.7 di Myanmar pada 28 Mac yang menyebabkan kematian dan kerusakan di Bangkok
10:33Tahun lalu pihak berkuasa Thailand mengumumkan jumlah ketibaan pelancong negara itu
10:37melepasi sasaran 35 juta orang ia sekaligus menjana lebih 1.8 triliun baht dalam hasil ekonomi negara itu
10:44dengan sasaran menerima antara 36 hingga 39 juta pelawat antarabangsa pada tahun ini
10:49serta menjana pendapatan pelancongan antara 1.98 hingga 2.23 triliun baht
10:55Thailand bersedia mengukuhkan kedudukannya sebagai hak pelancongan global
10:59dengan menawarkan pengalaman luar biasa dan memacu pertumbuhan mampan dalam sektor ini
11:04Syarikat penerbangan baharu milik Sarawak Air Borneo akan melebih melebarkan sayapnya ke semua ibu kota negara ASEAN
11:12Primer Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Oping berkata kesaling hubungan udara ini bakal menjadikan perjalanan dan perniagaan dalam kalangan negara ASEAN menjadi lebih mudah dan pantas
11:23Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis makan malam gala sempena mesyuarat majlis komuniti sosial budaya ASEAN ke-33
11:33yang dibacakan timbalannya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan
11:38In line with our aspiration for regional connectivity, Sarawak is proud to announce the upcoming airline
11:51I think we are going to be the only state in Malaysia to have this airline, airborne, scheduled to commence operations in 2026
12:06We are committed to enhancing air connectivity especially to major and capital cities across ASEAN
12:19Making travel and business faster and easier
12:26Jelasnya lagi, carangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan laut dalam baharu di Tanjung Embang
12:33bukan sahaja akan menjadikan Sarawak sebagai hub serantau untuk aktiviti penerbangan dan marine
12:39Malah menjadi berita baik untuk dikongsi kepada komuniti perniagaan, pelabur dan pelancong
12:45terutamanya dari Brunei dan Kalimantan
12:48Our state land borders with Brunei Darussalam and Kalimantan Indonesia open doors for a lot of opportunities
13:03For example, cross-border trade, cross-border economic development through strategic initiatives
13:19The relocation of Indonesia's capital city to Kalimantan will generate significant economic spillover effect
13:31for Borneo Island, creating new opportunities for investment, trade and infrastructure development
13:43Air Borneo adalah syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak selepas memuktamadkan pengambil alihan Mars Wings pada 12 Februari 2025
13:52Baik sekian ASEAN 25 jam ini saya Farhan Hakimi, salam hormat

Recommended