Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, merancang menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani isu pengangguran yang dijangka meningkat susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik ASEAN 25 jam ini bersama saya Farhan Hakimi dan kita mulakan dengan laporan ini.
00:04Presiden Indonesia Prabowo Subianto merancang menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani isu pengangguran yang dicangka meningkat susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat.
00:15Seorang pakar ekonomi kadang menegaskan pasukan ini perlu memastikan pekerja yang diberhentikan menerima pampasan sewajarnya.
00:22Menurut anggaran badan pemikir Selyos, tarif sebanyak 32% ke atas barangan yang dihantar ke Amerika Syarikat berpotensi menyebabkan kira-kira 1.2 juta rakyat di Indonesia kehilangan pekerjaan tahun ini.
00:36Pekerja yang diberhentikan berhak menerima pampasan yang jumlahnya bergantung kepada tempoh perkhidmatan mereka di syarikat tersebut.
00:43Seorang penalisis ekonomi Bima Yudistira menyatakan banyak syarikat gagal membayar pampasan atau gaji tertunggak kepada pekerja yang diberhentikan.
00:51Beliau menekankan perlunya data yang tepat mengenai tenaga kerja Indonesia dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas terhadap majikan yang melanggar hak pekerja.
01:00Pasukan khas yang akan dibentuk perlu memantau dengan teliti siapa yang diberhentikan sama ada dalam sektor formal atau tidak formal agar mereka dapat menerima pampasan yang sewajarnya.
01:10Beliau juga menyeroti kecenderungan majikan di Indonesia yang lebih memilih untuk menggaji pekerja kontrak atau pelatih bagi mengurangkan kos sekaligus mengelak tanggungjawab untuk memenuhi hak ekonomi pekerja tetap.
01:21Kementerian Tenaga Kerja melaporkan sekitar 18,610 orang telah kehilangan pekerjaan dalam dua bulan pertama tahun 2025 dengan menjeritanya berasal dari Jawa Tengah mencatatkan 10,677 perberhentian dalam tempoh tersebut.