Thailand sedang menunggu maklum balas daripada Amerika Syarikat mengenai tarikh bagi mengadakan rundingan berhubung tarif timbal balik diumumkan Presiden Donald Trump.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Thailand sedang menunggu maklum balas daripada Amerika Syarikat mengenai tarikh bagi mengadakan rundingan berhubung tarif timbal balik diumumkan Presiden Donald Trump.
00:09Perdana Menteri Petong Tan Shinawat berkata kerajaan sedang mengatur pertemuan dengan pihak Washington, namun masih belum jelas sama ada rundingan itu akan diadakan pada penghujung bulan ini atau awal Mei.
00:22Memetik Bangkok Post, beliau berkata timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan akan mengetuai delegasi Thailand.
00:29Malah Pichai ujarnya telah memberikan maklumat terkini secara bekala mengenai persiapan untuk rundingan tersebut.
00:36Sebelum ini delegasi Thailand membatalkan lawatan mereka ke Washington dan satu tarikh baru akan dijadualkan.
00:43Penangguhan rundingan susulan Washington meminta Thailand menilai semula beberapa isu tertentu yang akan dibangkitkan dalam rundingan itu.
00:52Awal April lalu, kerajaan Thailand menyatakan kesediaan berunding dengan Amerika Syarikat selepas Trump mengumumkan pelaksanaan tarif timbal balik sebanyak 36% ke atas ekspor Thailand ke negara itu.
01:05Petong Tran berkata beliau berharap dapat mengadakan dialog membina dengan Amerika Syarikat pada peluang paling awal untuk mencapai keseimbangan perdagangan yang adil selain meminimumkan gangguan kepada kedua-dua ekonomi.
01:18Terima kasih telah menonton!