Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Rakyat Malaysia lebih banyak berbelanja untuk melancong dengan purata perbelanjaan setiap pelancong meningkat antara 15% hingga 25% di Matta Fair 2025, walaupun bimbang
terhadap risiko kelembapan ekonomi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rakyat Malaysia lebih banyak berbelanja untuk melancong dengan purata perbelanjaan setiap pelancongan meningkat antara 15% hingga 25% di MataFair 2025 walaupun bimbang terhadap risiko kelembapan ekonomi.
00:15Menurut Mercury Securities, kerajaan juga akan menyemak semula sasaran pertumbuhan tahun ini berikutan perkembangan global seperti dasar perdagangan Amerika Syarikat.
00:24Tabung Kewangan Antarabangsa IMF meramalkan pertumbuhan keluaran dalam negara Malaysia KDNK Malaysia sebanyak 4.1% manakala unjuran Bank Dunia ialah 3.9% kedua-duanya lebih rendah daripada unjuran kerajaan antara 4.5% hingga 5.5%.
00:44Mercury Securities berkata prospek pengguna Malaysia kekal kukuh disokong kadar pengangguran yang rendah 3.1% peningkatan pendapatan boleh guna dan pengukuhan nilai ringgit menjadikan perjalanan ke luar negara lebih mampu milik.
01:01Katanya tinjauan dua hari di mata fair mendapati ramai pengguna selesa membuat bayaran deposit antara 10% hingga 20% serta menggunakan pelan ansuran 0% selama 3 hingga 12 bulan.
01:15Mercury Securities berkata perancangan perjalanan tertumpu kepada destinasi Asia Pasifik seperti China, Jepun, Thailand dan Vietnam dengan keutamaan terhadap perjalanan jarak dekat dalam rantau ini menunjukkan sikap praktikal dan kepekaan terhadap nilai.
01:32Pelancongan domestik juga kekal popular disebabkan tawaran yang menarik.
01:36Firma penyelidikan itu berkata tempahan perjalanan kebanyakannya adalah untuk suku keempat 2025 dan awal 2026 didorong musim perayaan dan tawaran tempahan awal.
01:48Katanya walaupun terdapat ketidaktentuan berterusan mengenai tambang penerbangan dan tarif, rakyat Malaysia kekal tidak bimbang mengenai perkara itu.

Recommended