Lima sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah tumpas dalam lima hari operasi membabitkan tujuh serbuan berasingan di Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat pada 20 hingga 24 April lalu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabiakob baru mencapai tahap antara 15 hingga 20%.
00:09Ketua Pesuruhanjaya SPRM Tan Sri Azambaki berkata siasatan kes itu masih di peringkat awal kerana melibatkan proses pengesahan dokumen dan aset yang diisytiharkan.
00:20Kalau nak tanya saya lebih kurang baru dalam 15% ke 20% sebab dia mengisytiharkan satu hal.
00:27Yang keduanya yang penting ialah kami dari segi kita untuk memastikan apakah yang diisytiharkan itu benar ataupun tidak menjadi satu kesalahan sekiranya pengesahan itu adalah merupakan pengesahan yang tidak benar ataupun tidak mencukupi.
00:41Ismail Sabiakob di siasat berkaitan kes rasuah dan pengubah wang haram dipercayai berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publiciti program keluarga Malaysia
00:50semasa tempoh pembahatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
00:55Kes di siasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubah Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
01:05Lima sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah tumpas dalam lima hari operasi membabitkan tujuh serbuan berasingan di Johor Baru, Keluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat.
01:15Ketua Polis Johor, Dato' M. Kumar berkata dalam serbuan bermula 20 hingga 24 April lalu, sejumlah dadah bernilai keseleruhan RM9 juta dirampas.
01:24Lima lelaki ditahan termasuk seorang warga Singapura turut itahat.
01:30Menurut Kumar, dalam operasi itu lebih 70 kilogram pelbagai jenis dadah dirampas membabitkan syabu, serbu ekstasi, ketamin, pil armin 5, ganja dan heroin.
01:39Dan kawasan yang ditangkap adalah di kawasan Kulai Kota Tinggi ya, tepi jalan.
01:50Dan kereta yang digunakan adalah kereta jenis Honda Civic.
01:54Hasil siasatan awal mendapati kereta ini telah disewa RM180 sehari dan sewa pada 24 hari bulan 4, 2025 kalau ikut catatan pada sewa tersebut.
02:10Jadi kita cek atau siasatan menunjukkan MO, sindiket ini pula menggunakan kereta sewa sebagai tempat penimpanan dan pengedaran.
02:24Kalau kita tengok daripada MO yang biasa adalah gereta sewa, ini untuk mengelahkan daripada dikesan.
02:42Jelas kumah hasil siasatan awal mendapati suspek warga Singapura berumur 47 tahun memiliki dokumen pengenalan diri palsu.
02:51Kesemua suspek berumur 22 hingga 47 tahun yang ditahan, positif dadah jenis metafentamin, hasil ujian urine dijalankan.
02:58Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.