Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
CGS International berkata, kumpulan itu juga berkemungkinan berdepan kelewatan selama enam bulan bagi pelaksanaan kenaikan caj pngendalian terminal disebabkan ketidaktentuan makroekonomi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Untung bersih Westpots Holdings Berhad diramal menyusut pada tahun kewangan 2025 atau FY25
00:06berikutan perang perdagangan yang dimulakan Amerika Syarikat
00:10yang mungkin menyebabkan penurunan jumlah pengendalian kontena di pelabuhan itu.
00:15CJS International berkata kumpulan itu juga berkemungkinan berdepan kelewatan selama 6 bulan
00:20bagi pelaksanaan kenaikan caj pengendalian terminal disebabkan ketidaktentuan makroekonomi.
00:27Firma penyelidikan itu menurunkan unjuran untung bersih teras FY25 syarikat itu
00:35sebanyak 9.3% kepada 811 juta ringgit
00:39susulan jangkaan penyusutan 1.4% tahun ke tahun dalam jumlah kontena.
00:45Bagi FY24, keuntungan bersih dicatatkan adalah sebanyak 898 juta ringgit.
00:52Setakat ini penyusutan jumlah kontena hanya dijangka berlaku selama setahun
00:57walaupun pada tahun 2026 jumlah itu akan hanya meningkat sedikit sebanyak 3.4% dari tahun ke tahun.
01:06CJS International memberi amaran jika tarif Amerika Syarikat menyebabkan kemelisitan global
01:12jumlah kontena Westpots untuk laluan intra-Asia dan Eropah juga boleh terkesan.
01:18Katanya Amerika Syarikat mungkin mengurangkan tarifnya ke atas Cina
01:22daripada 145% kepada sekitar 50 hingga 60%
01:27seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal.
01:31Bagi negara-negara Asia Tenggara pula,
01:34mereka mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengurangkan tarif Amerika Syarikat dengan lebih ketara.
01:39Akhirnya Amerika Syarikat mungkin akan lebih banyak mengimport dari kilang-kilang di Asia Tenggara
01:44dalam jangka masa pindik, sederhana dan panjang.

Recommended