Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Palestin desak tindakan antarabangsa akhiri krisis di Gaza

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Luar Palestine menggesa campur tangan antarabangsa dengan kadar segera untuk menekan Israel agar menamatkan krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza.
00:10Operasi berterusan Israel menyebabkan kemusnahan meluas termasuk dasar terancang dan sistematik yang menafikan akses orang awam kepada makanan, air dan ubat-ubatan sejak 2 Mac dengan penutupan penuh laluan lintasan dan sekatan bantuan kemanusiaan.
00:25Kementerian Luar Palestine turut mengecam tindakan berterusan Israel yang mengabaikan seruan antarabangsa supaya bantuan kemanusiaan segera dibenarkan masuk dan menyifatkannya sebagai jenayah sepenuhnya yang merlukan tindakan segera daripada masyarakat antarabangsa.
00:41Kementerian itu menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil langkah praktikal dan memberikan tekanan sebenar ke atas Israel untuk berhenti menggunakan kebuluran sebagai senjata terhadap orang awam.
00:51Nyataan itu dikeluarkan ketika Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ memulakan sesi pendegaran berhubung dawaan yang dikebukakan oleh pihak berkuasa Palestine dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB terhadap Israel kerana enggan membenarkan bantuan masuk ke Gaza.
01:06Sejak 2 Mac, Israel menutup sepenuhnya laluan ke Gaza dengan menyatakan bahawa tiada bantuan dibenarkan masuk sehingga semua tawanan yang ditahan Hamas dibebaskan.
01:14Terima kasih telah menonton!

Recommended