Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan maut selepas dibaham seekor singa di kawasan pinggir Nairobi pada Sabtu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut di kawasan pinggir ibu negara Kenya, Nairobi
00:05selepas diserang seekor singa dipercayai terkeluar dari habitatnya di Taman Negara pada Sabtu.
00:11Perkhidmatan hidupan liar Kenya, KWS berkata mangsa dibaham dari sebuah kediaman di sebuah ladang berhampiran Taman Negara perkenaan.
00:20Menurutnya, insiden tersebut disedari seorang lagi remaja yang kemudian membunyikan amaran.
00:25Ranger KWS kemudian menjejak kesan tapak haiwan terbabit sehingga ke sungai di mana mayat mangsa ditemukan.
00:32Bagaimanapun, singa itu tidak berada di kawasan tersebut ketika penemuan.
00:36Menurut KWS, taman itu dipagari di tiga bahagian bagi menghalang haiwan liar keluar dari kawasan.
00:42Namun dibuka di bahagian selatan bagi membolehkan haiwan bermigrasi keluar dan masuk ke kawasan tersebut.
00:47Tambah KWS perangkap dipasang untuk menangkap semula singa terbabit.
00:51Pasukan khas terus digerakkan bagi menjalankan operasi pencarian menyeluruh di kawasan berkenaan.