Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Forum Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selama dua hari akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, esok dengan tema JS-SEZ: Merapatkan Ekonomi, Memperkukuh Rantaian Bekalan.
Transcript
00:00Forum Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura JSSEZ selama dua hari akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di Johor Bahru pada Isnin dengan tema JSSEZ Merapatkan Ekonomi Memperkukuh Rantaian Bekalan.
00:17Acara itu dianjurkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, MITI dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura, MTI dan Kerajaan Negeri Johor.
00:26Menerusi kenyataannya pada ahad, MITI memaklumkan acara itu mendapat sambutan memberangsangkan dengan hampir seribu peserta mendaftar sekaligus memaparkan minat kukuh daripada kedua-dua negara itu.
00:40Ia menghimpunkan penggubal dasar peringkat tinggi, pemimpin perniagaan, syarikat berkaitan kerajaan, institusi pelabur dan wakil industri selain menjadi platform terbesar untuk kerjasama ekonomi Malaysia dan Singapura setakat ini.
00:56Menurut MITI, kemuncak forum itu adalah peluang bagi peserta mendapatkan sendiri pandangan langsung, penggubal dasar peringkat tinggi termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,
01:07Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong, serta Menteri Besar Johor, Datuk On Hafiz Ghazi.
01:19Sementara itu, Tengku Zafrul dalam kenyataan itu berkata, MITI berharap dapat bekerjasama erat dengan kerajaan Johor, MTI dan pihak berkepentingan utama lain dalam menjadikan JSSEZ sebagai destinasi pilihan pelaburan berkualiti untuk memacu pertumbuhan masa depan, penciptaan pekerjaan dan inovasi dalam ASEAN.
01:41Terima kasih telah menonton!

Recommended